• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Tekad Jalan Kaki Ke Makkah

oleh
25/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Malaysia harus berbangga kerana telah mempunyai rakyat Malaysia yang menyahut cabaran melakukan misi konvoi ke Makkah dengan menggunakan motosikal dan kereta.

Namun, bagi seorang remaja, Muhammad Yusuf Abdullah, 19, telah menyahut cabaran melakukan misi berjalan solo ke Makkah, Arab Saudi yang telah memulakan perjalanan sejak lima hari lalu.

Remaja yang memulakan misi tersebut di Masjid Negara, Kuala Lumpur akan merentasi tujuh buah negara serta dijangka sampai ke Mekah pada Febuari tahun depan.

Muhammad Yusuf berkata, sebelum ini dia pernah melakukan misi sama ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak selama lima bulan yang baru sahaja berakhir pada Mei lalu.

“Selepas misi itu selesai, saya rasa tertarik untuk mencabar diri melakukan misi ke Tanah Suci Mekah dan hasrat itu akan akan sedaya upaya saya lunaskan.

“Saya ingin buktikan yang saya tidak ‘gila’. Saya ingin buktikan bahawa remaja seperti saya juga mampu melakukan cabaran yang ‘gila’ seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Muhammad Yusuf mengakui sebelum ini ramai yang telah mengejeknya mengatakan dirinya kurang siuman hanya disebabkan misi tersebut dia tidak menghiraukan kata-kata itu.

“Saya yakin dengan niat yang betul, misi ini akan berjaya akhirnya. Saya tak peduli apa yang orang sekeliling kata tetapi saya hanya berserah kepada ALLAH untuk dipermudahkan perjalanan.

Sementara itu, beliau berkata berbekalkan RM2,000, dirinya akan meneruskan perjalanannya dari Pahang ke Terengganu sebelum singgah di Kota Bharu, Kelantan untuk mengambil kelengkapan ke luar negara dan kemudiannya memasuki Thailand.

Tambahnya, antara negara yang bakal dilalui adalah Thailand, Mynmar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran dan Iraq.

“Misi ini juga akan menguji ketahanan fizikal dan mental berikutan menghadapi cuaca musim panas dan sejuk di beberapa negara yang akan saya lalui.

“Jika di negara Islam, saya akan tumpang berehat dan tidur di surau atau masjid namun jika di negara bukan Islam saya akan menggunakan khemah.

“Saya akan melakukan perjalanan pada waktu malam kerana malam tidak panas dan saya boleh berjalan dengan lebih lama berbanding siang. Siang saya akan guna untuk berehat,” katanya.

Beliau juga memohon agar rakyat Malaysia mendoakan kejayaan misinya ke Makkah dan dapat kembali ke tanah air dalam keadaan sihat. – Sinar Harian

Tags: berjalan kakiMakkah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

Usaha Bawa Pulang Rakyat Terkandas Di Makkah: TH Belum Terima Laporan Rasmi

Usaha Bawa Pulang Rakyat Terkandas Di Makkah: TH Belum Terima Laporan Rasmi

31/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) masih belum menerima laporan rasmi mengenai beberapa rakyat Malaysia yang terkandas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd