• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja ‘Mu Pa’ Terpaksa Lupa Ke Moscow

oleh Cj Mnh
10/07/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Lapan remaja daripada pasukan bola sepak ‘Mu Pa’ yang diselamatkan dari kompleks gua Tham Luang di Chiang Rai, mungkin terpaksa melupakan impian untuk menonton perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia 2018 di Moscow oleh kerana “mereka perlu berada di hospital.

Setiausaha Tetap Kesihatan Awam Thailand, Dr Jessada Chokdamrongsuk berkata lapan remaja lelaki itu yang masing-masing diselamatkan pada Ahad dan semalam beransur pulih tetapi mereka perlu berada di hospital selama sekurang-kurangnya seminggu.

“Empat remaja pertama (yang diselamatkan pada Ahad) berumur antara 14 hingga 16 tahun mengalami suhu badan rendah dan dua daripada mereka pada mulanya menghidap Pneumonia tetapi keadaan mereka bertambah baik selepas mendapat rawatan dan antibiotik. Seorang daripada mereka juga mengalami luka di kaki,” katanya di Chiang Rai hari ini.

Seorang remaja daripada kumpulan kedua berumur antara 12 hingga 14 tahun mengalami degupan jantung yang perlahan namun keadaannya kembali normal.

Sampel darah remaja itu dihantar ke Bangkok untuk analisis lanjut bagi sebarang jangkitan, kata Jessada dan menambah, remaja terbabit yang ketika ini ditempatkan di Prachanukroh Hospital di wilayah iitu, akan turut menjalani sesi psikologi, sungguhpun mereka “kelihatan riang dan sekali-sekala ketawa.”

Dalam surat yang dialamatkan kepada Football of Thailand (FAT) baru-baru ini, Presiden FIFA Gianni Infantino mengundang 12 remaja itu dan jurulatih mereka berusia 25 tahun untuk menonton perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia 2018 di Luzhniki Stadium Moscow pada 15 Julai.

Kehadiran semua remaja itu dan jurulatih mereka dalam perlawanan akhir itu “tidak syak lagi akan merupakan detik pertemuan dan keraian yang indah,” menurut presiden FIFA.

Dua belas remaja dan jurulatih mereka, yang sangat meminati sukan bola sepak, terperangkap di dalam kompleks gua yang dinaiki air sejak 23 Jun, tidak dapat bergerak disebabkan peningkatan paras air berikutan hujan lebat.
– BERNAMA

Tags: FIFAGuaThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Persoalan Dan Dakwaan TMJ Sebelum Ini Tepat Dan Berasas

Semua Persoalan Dan Dakwaan TMJ Sebelum Ini Tepat Dan Berasas

27/01/2026
0

Oleh Mynewshub  TERKEJUT sungguh membaca keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap tujuh pemain warisan...

CAS Benarkan Tujuh Pemain Harimau Malaya Beraksi Sementara

CAS Benarkan Tujuh Pemain Harimau Malaya Beraksi Sementara

27/01/2026
0

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan bahawa Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) telah membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd