• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: UMNO Kedah Buat Post-Mortem – Jamil Khir

oleh Ahmad Albab
21/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kesemua 15 bahagian UMNO di Kedah diminta menghantar laporan post-mortem mengenai punca kekalahan parti di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang baharu, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata langkah tersebut bagi membolehkan maklum balas, faktor serta pencerahan berkaitan punca kekalahan parti dapat diketahui dan dijadikan rujukan bagi merangka tindakan pada masa hadapan dalam visi mengembalikan semula kekuatan UMNO di negeri berkenaan.

“Dalam mesyuarat UMNO Kedah yang pertama semalam, kita tubuh sebuah jawatankuasa yang diketuai timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri untuk mengumpulkan semua 15 bahagian bagi mengetahui faktor dan punca kekalahan parti,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas bersama kepimpinan dan sayap UMNO Bahagian di Bangunan Tunku di sini, hari ini.

Jamil Khir, bagaimanapun berkata laporan perincian itu juga membabitkan kawasan yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN), yang kesemuanya daripada UMNO di negeri itu, pada PRU14 iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Kulim, Sungai Tiang dan Guar Chempedak serta Parlimen Padang Terap dan Baling.

Beliau berkata kesemua maklumat dan laporan perincian itu akan dikumpulkan dalam tempoh sebulan akan datang dan dibentangkan dalam satu mesyuarat khas sebelum satu pemukiman di peringkat negeri dilaksanakan.

“Ini bagi membolehkan parti merangka visi dan misi UMNO Kedah untuk bergerak dalam tempoh lima tahun ini dalam kerangka kita sebagai pembangkang buat pertama kali,” katanya.

Pada PRU14 lepas, BN hanya menang di tiga daripada 36 kerusi DUN di Kedah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Jamil KhirPRU14
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Netizen Dakwa Kerjaya Pandu Grab Satu ‘Scam’

Next Post

PAS, BN ‘Adik-Beradik’ – Dr Mahathir

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

Next Post

PAS, BN 'Adik-Beradik' - Dr Mahathir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd