• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Produk Agromas Dalam Pesawat AirAsia

oleh
28/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOPENG – Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia berminat untuk menggantikan barangan makanan dan minuman yang dijual di dalam pesawat dengan produk tempatan di bawah label Agromas.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata perkara itu dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd Tan Sri Tony Fernandes dalam satu pertemuan bersamanya tiga hari lalu.

Katanya dalam pertemuan tersebut, Tony menyatakan sekurang-kurangnya 70 peratus jualan produk makanan udara AirAsia adalah barangan jenama Agromas yang merupakan keluaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“AirAsia hendak gantikan jualan udaranya dalam pesawat seperti minuman dan makanan ringan dengan barangan tempatan.

“Tony nyatakan dia mahu supaya hasil pertanian atau industri asas tani dapat diletakkan di AirAsia. Ini peluang penting dan dia (Tony) nyatakan sendiri produk Fama,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Fiesta Buah, Bunga dan Makanan 2018 (#famafest2018) di Pusat Transformasi Luar Bandar di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, Salahuddin berkata Fama seharusnya merebut peluang tersebut dengan mengambil beberapa inisiatif termasuk daripada aspek pembungkusan.

“Fama perlu ambil serius perkara ini menerusi penglibatan yang membina. Mutu, jenama kita akan baiki semasa ke semasa,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pihaknya akan mewujudkan satu pasar raya khas untuk memasarkan produk Agromas selain meneroka tempat baharu.

Sementara itu, mengulas mengenai #famafest2018, Salahuddin berkata acara yang memasuki tahun kedua penganjuran itu dapat terus dipertingkatkan daripada semasa ke semasa dalam pelbagai aspek.

#Famafest2018 yang berlangsung selama lima hari sejak 26 Julai lalu dari pukul 10 pagi hingga 10 malam antara lain menyediakan 301 menu makanan dan minuman popular, 5,000 spesis orkid dengan menyasarkan 260,000 pengunjung. – BERNAMA

Tags: AirAsiaSalahuddin Ayub
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd