• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPIM Dakwa Banyak Kes Bayi Mati, Cedera Tak Dibela

oleh Cj Mnh
13/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semasa kes bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi Naief yang mayatnya ditemui dalam peti sejuk rumah pengasuhnya dilihat menerima pembelaan sewajarnya mengikut undang-undang, terdapat banyak lagi kes kematian dan kecederaan bayi di pusat jagaan yang masih menunggu keadilan.

Semasa mendedahkan hal ini, Ketua Biro Wanita Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Suraya Ali berkata pihaknya setakat ini mendapat lima aduan daripada ibu bapa yang membabitkan tiga kematian, satu kecederaan kekal dan satu bagi kecederaan tidak kekal yang membabitkan bayi berusia lima hingga tujuh bulan.

Pihak berkuasa maklum mengenai kesemua kes ini kerana mengikut prosedur pihak hospital akan melaporkan kepada polis apabila berlaku kecederaan tidak semula jadi yang melibatkan kanak-kanak.

Tetapi belum lagi ada tindakan daripada pihak berwajib, katanya.

“Namun PPIM berasa ibu bapa ini perlu mendapat pembelaan sewajarnya dan mereka yang bertanggungjawab perlu didakwa,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Suraya berkata PPIM turut menerima lima lagi aduan berkaitan kematian dan kecederaan kanak-kanak di pusat jagaan namun masih belum mendapat maklumat lengkap.

Beliau turut berkata cadangan supaya tempat kerja menyediakan pusat jagaan kanak-kanak adalah baik namun beberapa perkara lain perlu diambil kira seperti ibu bapa yang bekerja di luar waktu pejabat.

“Mungkin perlu taska 24 jam tetapi cara pelaksanaannya perlu dikaji,” katanya.

Pada masa ini terdapat 205 taska tempat kerja di sektor awam dan 52 taska tempat kerja di sektor swasta.

Pada 3 Julai lepas Adam Rayqal ditemukan mati di peti sejuk rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, di Batu Caves selepas pengasuhnya itu melaporkan bahawa bayi itu dilarikan oleh seorang lelaki. Pengasuh itu kini menunggu pertuduhan di mahkamah. – BERNAMA

Tags: Kes KematianPPIM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Lebih 50 hari berlalu sejak tragedi meragut nyawa Muhammad Amirul Shafiq Abdullah, 20, namun keluarganya terus menunggu keadilan...

COVID-19: Kedah Rekod 309 Kematian Sejak Disember

23/03/2022
0

ALOR SETAR: Sebanyak 309 kematian akibat COVID-19 dicatatkan di Kedah dalam tempoh hampir tiga bulan sehingga 15 Mac lalu, yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd