• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 758 ‘Tahi Judi’ Di Pahang

oleh
30/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis Pahang menahan seramai 758 tahi judi hasil 313 serbuan yang dilakukan di premis judi haram yang berselindung di sebalik pusat hiburan keluarga dan premis snooker di seluruh daerah di negeri ini sejak awal Jan hingga 30 Jun lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Abd Rahman berkata jumlah tangkapan yang direkodkan dalam Ops Dadu itu meningkat sebanyak 56.6 peratus berbanding hanya 484 tangkapan yang dilakukan pada tempoh sama pada tahun lepas.

“Jumlah wang taruhan yang berjaya dirampas pada tahun ini juga meningkat 211. peratus iaitu daripada hanya RM39,934 untuk tempoh enam bulan pertama pada tahun lalu kepada RM124,378 pada tahun ini.

“Kebanyakan mereka yang ditahan adalah penjaga premis perjudian dan pemain judi yang majoritinya berusia di antara 30 tahun sehingga 40 tahun,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Pahang di Ibu Pejabat Kontinjen Polis di sini hari ini.

Pada majlis itu juruiring mantan perdana menteri Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri diantik menjadi Ketua Polis Pahang yang baharu menggantikan Datuk Jamaludin Kudin berikutan persaraannya pada 29 Jun lalu.

Mohd Yusri, mengambil alih tugas berkenaan yang sebelum ini dipangku oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Othman Nanyan.

Mengulas lanjut tentang Ops Dadu, Rosli berkata peningkatan kes yang direkodkan adalah hasil tindakan bersepadu yang dilakukan oleh daripada pasukan Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang dan semua ibu pejabat polis daerah (IPD) di negeri ini.

“Bagi menangani kes ini daripada terus menjadi barah dalam masyarakat, pihak polis mengambil tindakan proaktif dengan menggerakkan pasukan pemantau daripada IPK Pahang dan IPD di setiap daerah untuk mengenalpasti premis yang disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian.

“Untuk premis yang masih menjalankan kegiatan perjudian walaupun tindakan penguatkuasaan telah dilakukan, tindakan permohonan pemotongan bekalan air dan elektrik turut dilakukan mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Selain itu, katanya pihak polis juga akan melakukan lebih banyak risikan terhadap premis-premis perjudian yang menjalankan kegiatan itu di sebalik pusat hiburan keluarga dan akan berkerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dalam menyelaras serta memantau lesen pusat hiburan keluarga yang dikeluarkan. – BERNAMA

Tags: JUDI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

22/12/2025
0

KOTA KINABALU: Satu rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki sedang mengira sejumlah besar wang tunai ketika dipercayai berjudi tular di media...

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

29/03/2025
0

GEORGETOWN: Sekumpulan 14 lelaki yang sedang asyik berjudi ditahan dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Pinang, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd