• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Gempur Pesta Dadah Dan Seks Remaja

oleh Cj Mnh
09/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis membongkar aktiviti pesta dadah dan seks di kalangan remaja berikutan tertangkapnya 68 individu di dua kondominium berasingan di sekitar ibu negara pada Selasa dan Jumaat lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata dalam serbuan pertama di Jalan Ceylon di sini, pihaknya menahan 15 individu iaitu sembilan lelaki dan enam wanita berusia 19 hingga 44 tahun.

“Empat daripada lelaki yang ditahan adalah warga Thailand, dua wanita adalah warga Indonesia manakala selebihnya warga tempatan.

“Ketika serbuan kesemua suspek sedang khayal dan pemeriksaan di kondominium itu membawa kepada penemuan dadah iaitu 4,000 biji pil jenis Eramin 5 dan 19 pil ecstasy,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya menahan 53 individu iaitu berusia 14 hingga 29 tahun dalam serbuan kedua di sebuah kondominium di Jalan Ampang di sini.

“Terdapat enam lelaki dan tiga wanita di bilik pertama manakala 23 lelaki dan 21 wanita di bilik kedua kondominium itu yang dipercayai turut melakukan aktiviti seks.

“Remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan adalah warga Indonesia, polis turut merampas dadah iaitu pil ectasy,” katanya sambil menambah kesemua mereka positif dadah.

Mazlan berkata terdapat sindiket yang menganjurkan aktiviti pesta seks dan dadah kepada remaja di kondominium dengan mengiklankannya melalui aplikasi WeChat.

“Modus operandi ini digunakan kerana remaja tidak dibenarkan masuk ke pusat hiburan, oleh itu mereka sewa kondominium dan buat parti seperti ini. Remaja yang ingin menyertai akan dikenakan bayaran antara RM100 hingga RM200, polis akan ambil keterangan pemilik kondominium untuk siasatan lanjut,” katanya

Beliau berkata kesemua suspek kini direman antara tiga hingga tujuh hari dari tarikh ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: dadahpesta seks
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

‘Runner’ Ditahan, Lebih 1kg Syabu Dirampas

‘Runner’ Ditahan, Lebih 1kg Syabu Dirampas

03/01/2026
0

TAWAU: Demi upah lumayan, seorang pemuda berusia 19 tahun sanggup menjadi 'runner' dadah sebelum kegiatannya terbongkar apabila polis merampas lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd