• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM, Jemaah Menteri Hadir Taklimat GIACC

oleh Ahmad Albab
10/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melaksanakan tugas hariannya pada ulang tahun ke-93 beliau hari ini, antaranya menyertai kira-kira 160 anggota pentadbiran kerajaan termasuk jemaah menteri, mengikuti taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini.

Taklimat tertutup yang julung kali diadakan itu dijadualkan bermula 9.30 pagi, turut disertai setiausaha politik serta hampir semua anggota parlimen Pakatan Harapan (PH).

Menurut kenyataan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), taklimat itu bertujuan bagi memberi pendedahan mengenai pelbagai aspek berkaitan rasuah dan usaha pencegahan buat anggota parlimen dan anggota pentadbiran kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

“GIACC menganjurkan sesi taklimat selari dengan hasrat kerajaan pimpinan Dr Mahathir yang beriltizam mahu melahirkan pentadbiran dan negara bebas rasuah,” katanya.

Menurut GIACC, Dr Mahathir akan menyampaikan perutusan khas pada program itu, manakala Ketua Pengarahnya Tan Sri Abu Kassim Mohamed akan memberikan taklimat mengenai peranan serta fungsi pusat itu.

Selain itu, turut dijadualkan lima pembentangan berkaitan pengisytiharan harta, penerimaan hadiah, pengurusan dan pentadbiran peruntukan anggota Parlimen, meliputi kesalahan-kesalahan menerusi Akta SPRM 2009 dan kesalahan-kesalahan lazim dilakukan anggota pentadbiran serta anggota Parlimen.

“Ini bagi menjayakan agenda anti rasuah nasional yang bermatlamatkan negara dikenali kerana integritinya dan bukan kerana rasuahnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: GIACCTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

10/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang laporan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat

Dr Mahathir Mungkin Tidak Sertai RCI Batu Puteh

16/02/2024
0

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan tidak akan menyertai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd