• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pisau, Parang ‘Terbang’ Dari Atas

oleh Ahmad Albab
10/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

“BUKAN setakat cat dibungkus di dalam beg plastik dan botol kaca, malah pisau serta parang yang dibaling pelaku itu pernah ‘terbang’.

“Keadaan ini membimbangkan penduduk dan sejak seminggu lalu perkara sama berlaku hampir setiap hari.

“Akibatnya 10 kenderaan milik penduduk diparkir di kaki lima bangunan ini mengalami kerosakan. Jika objek dibaling mengenai penduduk pasti ada yang maut,” kata Mohamad Fuad Jam Jam, 66.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Penduduk Blok B, Flat Taman Medan Cahaya di sini, melahirkan rasa bimbang kerana kes baling objek yang dipercayai dilakukan seorang lelaki dari tingkat 13 di flat yang terletak bersebelahan sejak 1 Julai lalu masih berlarutan.

Hasil siasatan dilakukan, Mohamad Fuad dan penduduk mendapati bungkusan cat dan objek keras berkenaan dibaling pelaku dari Flat Taman Medan Jaya yang terletak bertentangan blok dihuni mereka.

Menurutnya, kejadian itu hanya berlaku di blok yang dihuninya saja dan pelaku membaling pelbagai objek keras hingga merosakkan kenderaan serta membahayakan nyawa penduduk.

“Pada mulanya pelaku berkenaan hanya campak bungkusan cat. Namun selepas beberapa kali melakukan perkara itu, dia semakin melampau apabila mencampakkan botol kaca, pisau dan parang.

“Malah kejadian itu semakin kerap berlaku tanpa mengira waktu siang atau malam dan hari ini (semalam), empat kali kes ini berlaku termasuk kes baling parang,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mohammad Fuad berkata, pihaknya turut menemui parang dan pisau yang dicampakkan pelaku terbabit tertera perkataan ‘bunuh’, nama individu serta nombor rumah.

“Pada pisau dan parang itu tertera nama ‘Budin’ manakala nombor unit kediaman pula di tingkat enam Blok C, Flat Taman Medan Jaya.

“Kami turut meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati pelaku membaling objek dari laluan tangga tingkat 13 blok C flat berkenaan.

“Selain itu, ada saksi nampak pelaku berkenaan iaitu lelaki berbadan gempal yang memakai cermin mata. Bagaimanapun, kami serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mangsa perbuatan individu tidak bertanggungjawab itu, Norhayati Mohammad, 30, mendakwa dia kerugian lebih RM2,000 apabila kereta Proton Wira miliknya terkena cat yang dibaling pelaku terbabit.

Norhayati berkata, perkara itu disedari jam 6 petang, 1 Julai lalu dan difahamkan ada beberapa lagi pemilik kenderaan lain yang menjadi mangsa.

Katanya, hasil perkongsian maklumat bersama mangsa lain, kerosakan dialami pada kenderaan masing-masing membabitkan cermin pecah, bumbung kemek dan kereta dicemari cat.

Susulan kejadian itu, Norhayati membuat laporan di Balai Polis Sungai Way pada 3 Julai lalu dan setakat ini, dia dimaklumkan empat lagi mangsa sudah tampil berbuat demikian termasuk aduan kepada pengurusan bangunan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut giat dijalankan bagi mengesan suspek. – myMetro Online

Tags: flatvandalisme
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rosakkan Kipas, Kerusi, Tandas Sekolah: Pelajar, Ibu Bapa Dipanggil

Rosakkan Kipas, Kerusi, Tandas Sekolah: Pelajar, Ibu Bapa Dipanggil

18/02/2023
0

NIBONG TEBAL: Pihak sekolah sudah memanggil sekumpulan pelajar yang terlibat dalam aktiviti vandalisme di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Seberang...

2 Wanita Dirakam CCTV Conteng Mural Pemimpin

21/07/2020
0

SHAH ALAM - Dua wanita dipercayai menjadi dalang yang merosakkan mural barisan pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd