• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Dunia: Neymar Dikecam ‘Badut’ Atas Padang

oleh Cj Mnh
06/07/2018
dalam Gaya Hidup, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAZAN, Rusia – Bintang Brazil, Neymar dikecam teruk gara-gara tindakan ‘lakonan’ melampaunya pada kempen Piala Dunia 2018.

Lebih buruk lagi, satu kajian yang dilakukan stesen televisyen di Switzerland, RTS Sport mendapati, pemain kelab Paris Saint-Germain itu terbaring selama 14 minit di atas padang sepanjang aksinya di Rusia sekali gus mencetuskan rasa bengang pemain lawan.

Pada perlawanan menentang Mexico pada 2 Julai lalu, dia terbaring keseluruhan selama lima minit dan 29 saat dengan tempoh paling lama perlawanan dihentikan apabila pemain Mexico, Miguel Layun dikatakan memijak buku lali kanan Neymar.

Ketika insiden berkenaan, Neymar terbaring untuk tempoh hampir dua minit berdasarkan laporan RTS.

Stesen itu juga melaporkan bahawa penyerang itu turut terbaring di dalam padang hampir dua minit ketika menentang Serbia dan tiga minit 40 saat ketika menentang Switzerland.

Keseluruhan masa ‘kecederaan’ yang dialami Neymar itu adalah 13 minit 50 saat sejak kejohanan bermula.

Sememangnya pemain lawan gemar menggunakan fizikal untuk mengekang pergerakan Neymar namun ada yang melihat tindak balas pemain itu agak keterlaluan.

Jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio menggelar Neymar sebagai ‘badut’ selepas Layun memijak kaki pemain itu dengan menyatakan “kami mengawal permainan tapi bagi saya ia memalukan apabila banyak masa terbuang angkara seorang pemain.” – Agensi

Tags: badutNeymarPiala Dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Memalukan… Malaysia, Oman Tak Dibenarkan Berlatih Di Stadium Nasional

Memalukan… Malaysia, Oman Tak Dibenarkan Berlatih Di Stadium Nasional

25/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Oman tidak akan 'mencuba' atau menjalani latihan rasmi di Stadium Nasional, Bukit Jalil menjelang aksi kelayakan...

Bapa Neymar Ditangkap, Denda RM4.88 Juta

Bapa Neymar Ditangkap, Denda RM4.88 Juta

25/06/2023
0

RIO DE JANEIRO: Bapa Neymar, Neymar De Silva Santos ditangkap pihak berkuasa Brazil atas kesalahan jenayah alam sekitar. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd