• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Asia: Skuad B-23 Sasar Suku Akhir

oleh
23/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Skuad bola sepak bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan menyasarkan mara ke suku akhir pada Sukan Asia 2018 di Indonesia, bulan depan.

Ketua kontinjen Malaysia ke Sukan Asia 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata sasaran tersebut dibuat berdasarkan pencapaian bersejarah skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu yang berjaya mara ke suku akhir pada Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018 di China, awal tahun ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui skuad negara berpotensi untuk layak sehingga ke separuh akhir sekiranya semua pemain yang dipanggil ketua jurulatih diberi pelepasan oleh pasukan negeri dan kelab untuk menyertai skuad kebangsaan.

“Saya difahamkan senarai panggilan yang dikeluarkan membariskan hampir kesemua pemain yang beraksi di China. Jika sekiranya semua pemain itu dapat beraksi di Indonesia, maka sekurang-kurangnya kita mampu mara sehingga ke suku akhir.

“Apabila berjaya layak ke suku akhir, ada besar kemungkinan kita mampu mara ke separuh akhir tetapi jika Malaysia tidak dapat membariskan pemain dikehendaki, maka peluang kita agak sukar di Indonesia,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Mengenai isu pelepasan pemain, Abdul Azim senada dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang berharap setiap pasukan negeri dan kelab mencontohi langkah Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bersedia melepaskan pemain daripada kelab itu untuk mewakili skuad B-23.

Beliau berkata tindakan mana-mana pasukan yang berkeras enggan membenarkan pemain mereka menyertai skuad negara hanya akan memberi kesan negatif kepada persembahan skuad B-23 negara.

“Apa dinyatakan menteri itu saya bersetuju dan saya difahamkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pun dalam kenyataan yang dikeluarkan JDT hari ini bersetuju untuk melepaskan pemain yang terlibat. Jadi saya berharap pasukan lain dapat buat perkara yang sama.

“Apa diperlukan Datuk Ong (Kim Swee) ialah pemain yang beraksi di Kejuaraan AFC B-23 2018 kerana mereka (pemain) ini sudah mempunyai persefahaman sekali gus akan memudahkan lagi Malaysia untuk mara ke peringkat lebih tinggi di Indonesia,” katanya.

Sementara itu, Abdul Azim berkata pihaknya mahupun FAM masih belum menerima maklumat mengenai tarikh cabutan undian semula bagi acara bola sepak.

Sebagai persediaan ke Sukan Asia 2018, skuad B-23 negara akan mengadakan aksi persahabatan berdepan skuad B-23 China di Changzhou pada 2 Ogos, diikuti berdepan skuad B-23 Arab Saudi di Kuala Lumpur pada 9 Ogos, sebelum berlepas ke Indonesia pada 12 Ogos. – BERNAMA

Tags: Piala Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harimau Muda Benam Filipina 4-0

Harimau Muda Benam Filipina 4-0

09/09/2023
0

PETALING JAYA : Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara meneruskan rentak cemerlang di bumi Thailand apabila membenam Filipina 4-0 dalam...

Penantian 42 Tahun Berakhir, Malaysia Layak Ke Piala Asia

15/06/2022
0

KUALA LUMPUR : Skuad Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd