• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlis Bukan Negeri Wahabi – Raja Perlis

oleh Ahmad Albab
26/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah Perlis bukanlah negeri yang mengamalkan ajaran Wahabi seperti didakwa pihak tertentu.

Titah baginda Perlis tetap berpegang kepada Sunnah Waljamaah iaitu mengguna pakai keempat-empat mazhab, berbeza dengan beberapa negeri lain yang mengamalkan Sunnah Waljamaah bermazhab.

“Beta ingin mengulangi dan menegaskan bahawa Perlis tidak mengamalkan (ajaran) Wahabi yang mengikut tafsiran negara-negara barat Wahabi ialah kumpulan pengganas yang turut melakukan pembunuhan.

“Saya sendiri tidak faham apa itu Wahabi sebenarnya. Justeru, jangan ada lagi dakwaan bahawa Perlis negeri Wahabi,” titah baginda semasa merasmikan Masjid Al-Qufran Batu 2 Lama, Jalan Kaki Bukit, dekat sini malam tadi.

Majlis perasmian itu antara acara sambutan bersempena ulang tahun ke-75 keputeraan baginda tahun ini. Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Tuanku Syed Sirajuddin turut menegur sikap segelintir imam di negeri ini yang masih ingkar arahan dan peraturan MAIPs supaya mengamalkan solat berpandukan ajaran Sunnah Waljamaah.

Titah baginda panduan tersebut telah disediakan oleh Jabatan Mufti Perlis iaitu sebuah badan yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan hukum-hukum Islam di Perlis.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Kalau ada imam yang masih ragu-ragu mengenai hal ini mereka sepatutnya rujuk setiap permasalahan atau kekeliruan kepada Jabatan Mufti,” titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin menasihatkan imam-imam berkenaan supaya tidak menjadikan amalan imam-imam masa lalu sebagai panduan.

“Sebaiknya sentiasa berbincang dengan Mufti agar setiap amalan berteraskan Al-Quran dan hadis dilaksanakan. Jika masih ada imam yang cenderung terhadap sesuatu ajaran, janganlah dibawa dalam masjid bagi elak jadi ikutan jemaah,” titah baginda.

Masjid Al-Qufran dibina pada Ogos 2013 dengan kos RM7 juta di atas tapak yang diwakafkan beberapa penduduk tempatan bagi menggantikan masjid lama yang dibina pada awal tahun 1960-an. – BERNAMA

Tags: Raja Perliswahabi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Solat Sunat Aidilfitri Di Tanah Lapang Bukan Amalan Wahabi

Solat Sunat Aidilfitri Di Tanah Lapang Bukan Amalan Wahabi

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha di tanah lapang bukan amalan wahabi, sebaliknya...

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

10/07/2024
1

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail bertihah bahawa baginda tidak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd