• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkasa Semula Hubungan Malaysia-Afrika Selatan

oleh Cj Mnh
20/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin korporat Malaysia menyeru supaya kerajaan baru memantapkan semula hubungan baik antara Malaysia dan Afrika Selatan untuk memanfaatkan peluang ekonomi, pendidikan dan pertukaran budaya.

Pengasas dan juga pengerusi Country Heights Holdings Bhd, Tan Sri Lee Kim Yew berkata Malaysia bertuah kerana menyertai pembangunan Afrika Selatan melalui Kerjasama Selatan-Selatan ketika kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-4.

“Saya sedikit kecewa apabila Kerjasama Selatan-Selatan tidak diteruskan apabila perdana menteri meletakkan jawatan dulu,” beliau berkata pada sambutan 100 tahun Nelson Mandela di sini baru-baru ini.

“Negara kelahiran Mandela sangat istimewa buat saya kerana saya membangunkan Pecanwood Golf and Country Club yang juga merupakan antara syarikat Malaysia terawal yang melabur,” tambah beliau.

Kata-kata Mandela menerusi buku miliknya berjudul ‘Long Walk to Freedom’ boleh digunapakai terhadap Tun Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah dan pemimpin lain seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah (Timbalan Perdana Menteri) yang sudah lama berjuang untuk negara.

Bergelar Presiden Afrika Selatan dari 1994 sehingga 1999, Mandela dikenali sebagai warganegara Afrika Selatan yang menentang dasar aparteid serta menjadi pelopor hak, maruah dan kebebasan manusia.

Sambutan 100 tahun Nelson Mandela telah diadakan di hotel Palace of the Golden Horses dengan kerjasama daripada Suruhanjaya Tinggi Afrika Selatan. Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan, Samkelisiwe Isabel Mhlanga dan isteri Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali turut hadir ke acara tersebut.

Selepas persaraan Mandela sebagai presiden pada tahun 1997, hotel tersebut diberi penghormatan untuk menjaga beliau selama seminggu dan bagi memperingati beliau, Nelson Mandela Suite telah diwujudkan.

Kanak-kanak dari Fugee School Malaysia turut menyertai pelbagai aktiviti di acara tersebut. Sekolah tersebut bekerjasama rapat dengan komuniti pelarian dari Somalia, Yaman, Syria, Iraq, Libya, Palestin dan Pakistan. – BERNAMA

Tags: Afrika Selatanhubungan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

31/01/2026
0

30 Januari 2026/MYNEWSHUB  PRETORIA – Kerajaan Afrika Selatan mengisytiharkan Wakil Tetap Sementara (Chargé d’Affaires) Israel sebagai persona non grata (orang...

Mexico–Afrika Selatan Buka Tirai Piala Dunia 2026

Mexico–Afrika Selatan Buka Tirai Piala Dunia 2026

06/12/2025
0

MEXICO akan menentang Afrika Selatan dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026 di Mexico City pada 11 Jun, 16 tahun selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd