• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhilitan Rampas 13 Ekor Burung Eksotik

oleh Cj Mnh
30/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menahan seorang lelaki dan merampas daripadanya pelbagai spesies burung eksotik luar negara yang dilindungi dalam serbuan disebuah premis kediaman di Kampung Paya, Port Dickson, Khamis lepas.

Pengarah Perhilitan negeri Wan Mat Wan Harun berkata dalam serbuan pada pukul 4.30 petang itu, hasil pemeriksaan pihaknya menemui 11 ekor burung ‘Green-Cheeked Parakeet (Pyrrhura molinae) dan dua ekor burung ‘Sun Conure’ (Aratinga solstitialis), kedua-duanya dari keluarga burung nuri yang disimpan tanpa lesen yang sah.

“Kesemua spesies burung yang berasal dari luar negara (Indonesia) itu dilindungi di bawah Jadual Pertama, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar Tahun 2010 (Akta 716). Kes ini sedang disiasat lanjut di bawah Akta 716 Seksyen 60(1) (a) iaitu memburu atau menyimpan mana-mana hidupan liar yang dilindungi (selain hidupan liar yang dilindungi yang tidak matang atau hidupan liar betina yang dilindungi) tanpa suatu lesen melakukan suatu kesalahan. Harga pasaran setiap ekor burung tersebut ialah di antara RM2,000 ke RM10,000 mengikut saiz dan umur,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya lelaki berumur 39 tahun itu mengakui kesemua burung tersebut miliknya yang disimpan di dalam dua bangsal yang berasingan.

Katanya lelaki itu juga cuba memperdaya pihak Perhilitan dengan menyimpan spesies burung eksotik dalam kuantiti yang banyak bagi tujuan urusniaga secara pasaran gelap.

​​​​Wan Mat berkata spesies burung liar yang dilindungi ini menjadi haiwan peliharaan penggemar burung eksotik di negara ini kerana warnanya yang menarik dan sifatnya yang jinak dan mesra.

“Akan tetapi sekiranya spesies burung liar dari luar negara ini dilepaskan atau terlepas ke habitat di Malaysia, ia akan menjejaskan ekosistem yang seimbang di Malaysia serta memberi mudarat, bukan sahaja kepada hidupan asal Malaysia, malah mengakibatkan penyakit zoonotik merebak,” katanya. – BERNAMA

Tags: burung eksotikPerhilitan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

Lebih 2,300 Insiden Haiwan Liar Mati Dilanggar Dalam Tempoh 4 Tahun – PERHILITAN

Lebih 2,300 Insiden Haiwan Liar Mati Dilanggar Dalam Tempoh 4 Tahun – PERHILITAN

12/08/2025
0

PUTRAJAYA: Lebih 2,300 insiden haiwan liar mati dilanggar kenderaan atau roadkill direkodkan di negara ini bagi tempoh 2020 hingga 2024,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd