• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjenamaan Semula JKKK, JKDB Di Sabah

oleh Ahmad Albab
05/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah telah membuat keputusan untuk membuat penjenamaan semula terhadap institusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) di negeri ini.

Menterinya Ewon Benedick berkata draf kertas cadangan penjenamaan semula JKKK dan JKDB Sabah sedang diambil tindakan yang merangkumi aspek nama institusi, tatacara keahlian jawatankuasa, bilangan keahlian, elaun dan lain-lain hal yang berkaitan.

“Kertas cadangan penjenamaan semula itu juga mengambil kira dasar baharu yang telah diumumkan oleh kerajaan persekutuan sebelum ini dan pengumuman rasmi akan dibuat oleh kerajaan negeri selepas segala perkara yang berkaitan dengan penjenamaan semula itu dimuktamadkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Abidin Madingkir (UPKO-Paginatan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Abidin ingin tahu apakah dasar baharu kerajaan negeri mengenai pelantikan pengerusi JKKK di Sabah.

Ewon berkata berikutan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), terdapat rombakan pucuk pimpinan di seluruh negara yang mana ia turut melibatkan JKKK dan JKDB.

“Sehubungan itu, berdasarkan surat pekeliling Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pada 17 Mei lepas, kerajaan negeri turut diminta untuk menangguhkan sementara semua urusan berkaitan JKKK termasuk urusan pelantikan, pertukaran, bayaran elaun dan lain-lain hal yang berkaitan.

“Penangguhan sementara ini berkuat kuasa sehingga dasar dan hala tuju berkaitan JKKK yang baharu ditetapkan,” tambahnya. -BERNAMA

Tags: jkdbJKKKSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd