• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengikut Biadab, Saya Sekat – Siti Nurhaliza

oleh Ahmad Albab
17/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak teragak-agak menyekat pengikut biadab di laman Instagram (IG) yang melemparkan komen berbaur negatif.

Siti, 39, berkata, dia tidak mahu IG miliknya dicemari dengan aura negatif apatah lagi berunsur menghasut hingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan pengikut.

“Saya okey saja kalau ada saranan ke arah kebaikan. Bagi saya, ia sesuatu yang bagus dan saya akan terima.

“Namun, kalau ada yang saja nak komen negatif, itu memang niat dia. Jadi, untuk komen sebegitu, lebih baik saya sekat. Saya tidak mahu ada aura negatif dalam IG saya.

“Kebiasaannya komen sebegini lebih kepada menghasut. Kalau sudah sekat, hati lebih tenang,” katanya kepada Harian Metro.

Siti berkata demikian sebagai mengulas komen negatif diterimanya menerusi video anaknya, Siti Aafiyah yang berada di spa bayi, baru-baru ini.

Rata-rata komen diterima menganggap tindakan penyanyi lagu Segala Perasaan itu tidak sesuai dan boleh membahayakan anaknya itu.

Pada masa sama, Siti yang ditemui pada majlis pelancaran SimplySiti Gold Edition di sini, hari ini berkata, dia juga tidak menafikan mendapat komen negatif setiap kali memuat naik wajah anaknya, Siti Aafiyah.

“Apa juga dimuat naik, walaupun perkara baik tetap akan ada kritikan.

“Disebabkan itu, suami menasihati agar tidak kerap memuat naik gambar anak di IG kerana sedar pasti ada yang mengata,” katanya. – myMetro Online

Tags: Datuk Seri Siti Nurhalizapengikut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli, Pengikut GISBH Masih Amal Kepercayaan Aurad Muhammadiah – Saifuddin

Ahli, Pengikut GISBH Masih Amal Kepercayaan Aurad Muhammadiah – Saifuddin

15/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati kepercayaan Aurad Muhammadiah yang diwarisi sejak era Al-Arqam dulu masih diamalkan ahli...

Pengikut Zizan Razak Kini 6 Juta

24/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Selepas Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa, pelakon, pengacara dan pelawak, Zizan Razak pula mencatat jumlah angka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd