• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengguna Layari Laman Web Lucah Dipantau KKMM, Polis

oleh Ahmad Albab
10/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengguna Internet yang melayari laman sesawang lucah akan dipantau melalui kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam mengesahkan perkara ini, Timbalan Menteri KKMM, Eddin Syazlee Shith berkata laman sesawang terbabit akan turut disekat dalam tempoh terdekat menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Selain laman sesawang berunsurkan lucah, pemantauan web lain termasuk yang berunsurkan perjudian akan turut dikaji,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konsert Kenangan Lalu Mestika D’Klasik sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 di Angkasapuri di sini, hari ini.

“Memang menjadi satu perkara yang diperjuangkan kerajaan sekarang untuk menyekat dan mengekang laman web yang tidak berfaedah dan bukan-bukan,” katanya.

Media semalam melaporkan bahawa satu unit baharu PDRM, Unit Siasatan Jenayah Siber (Internet) Terhadap Kanak-kanak Malaysia (Micac) ditubuhkan dengan kemampuan memantau mereka yang melayari kandungan lucah di alam siber, terutamanya pornografi kanak-kanak.

Dalam membuat pemantauan, unit berkenaan yang dilengkapi peralatan canggih juga akan mengesan kekerapan dan jenis kandungan lucah yang dimuat naik serta dimuat turun pengguna berkenaan bagi tujuan pendakwaan nanti.

Sementara itu, dalam ucapannya Eddin Syazlee berkata beliau yakin usaha mentransformasi RTM yang sedang dilaksanakan akan mengukuhkan lagi entiti itu sebagai sebagai penyiar rasmi kerajaan sekali gus meningkatkan daya saing dan produktiviti warga kerjanya.

“RTM sebagai organisasi penyiaran yang berusia 72 tahun masih kekal relevan dan mampu berkembang ke tahap yang Iebih cemerlang. Saya amat yakin transformasi ini akan mengukuhkan lagi kedudukan RTM katanya.

Pada majlis itu, tiga pegawai pengurusan RTM yang bersara baru-baru ini turut diraikan. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: KKMMlaman webpornografi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ancaman Serangan Laman Web Meningkat 197 Peratus

Ancaman Serangan Laman Web Meningkat 197 Peratus

26/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Ancaman laman web yang menyasarkan perniagaan di Malaysia meningkat 197 peratus tahun lalu, menurut keselamatan siber global dan...

Enam Syarikat Telekomunikasi Sokong Usaha Bantuan Banjir KKMM

07/01/2022
0

KUALA LUMPUR: Inisiatif Ops Bantu Hingga Selesai (Ops BAHIS) anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi membantu rakyat Malaysia yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd