• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengambilalihan Splash Selesai Awal Ogos – Xavier

oleh
22/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Penstrukturan dan pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) bakal dimuktamadkan awal Ogos ini.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar berkata, ia berikutan proses pengambilalihan itu telah menunjukkan perkembangan positif daripada kedua-dua pihak yang terlibat iaitu kerajaan Selangor dan syarikat konsesi air berkenaan.

“Baru-baru ini saya telah memanggil beberapa wakil agensi yang terlibat termasuk Menteri Besar Selangor (Amirudin Shari) untuk berbincang mengenai pengambilalihan ini.

“… hasil daripada itu, saya lihat proses memuktamadkan pengambilalihan ini telah mencapai 80 peratus dan kami jangka ia dapat dapat diselesaikan sebelum 10 Ogos ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran bilik gerakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan calon PRK Sungai Kandis dari PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Ketika ditanya berhubung jumlah kos pengambilalihan itu, Xavier Jayakumar yang juga Timbalan Pengarah PRK berkenaan berkata ia akan diumumkan apabila proses tersebut dimuktamadkan.

Beliau sebelum ini memberi jaminan untuk menyelesaikan isu air di Selangor dalam tempoh 100 hari sepertimana terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan sebelum memenangi Pilihan Umum ke-14 pada 9 Mei lepas.

Proses penstrukturan semula industri air di Selangor tertangguh sejak sekian lama susulan kegagalan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan semasa pentadbrian Barisan Nasional (BN) mencapai kata sepakat berkaitan nilai tawaran pengambilalihan Splash dan kerajaan Selangor.

Sebelum ini, kerajaan Selangor di bawah menteri besar terdahulu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan menolak cadangan kerajaan persekutuan untuk mengguna pakai nisbah 60:40 bagi pemerolehan ekuiti Splash.

Di bawah cadangan itu, 60 peratus pembiayaan adalah daripada kerajaan persekutuan menerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan 40 peratus daripada kerajaan negeri Selangor. – BERNAMA

Tags: Splash
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

APMM Tahan Empat Bot Nelayan Asing

Next Post

Wan Azizah Kekal TPM Jika Anwar Presiden PKR

Related Posts

Air Percuma Hanya Pada B40 Bukan Sebab Pengambilalihan SPLASH

25/11/2018
0

CYBERJAYA - Kerajaan Selangor menolak dakwaan rancangan untuk menawarkan air percuma 25 meter padu hanya kepada kumpulan B40 berbanding kepada...

Air Selangor Nafi Nilai SPLASH RM250 Juta

10/08/2018
0

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri membayar 10 kali ganda nilai...

Next Post

Wan Azizah Kekal TPM Jika Anwar Presiden PKR

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd