• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencabulan Baitul Maqdis Bakal Cetus Keganasan Terbaru

oleh Haris
17/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPUTUSAN Perdana Menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu membenarkan ahli parlimen Israel melawat Masjid al-Aqsa setiap tiga bulan telah mencetuskan kemarahan warga Palestin ekoran pencabulan yang dilakukan ekoran keputusan itu.

Pencabulan Masjid al-Aqsa telah berterusan sejak beberapa tahun lalu dan lawatan pemimpin Zionis telah mencetuskan episod pertempuran ganas warga Palestin dengan pihak bersenjata Israel.

Keputusan yang bakal mencetuskan situasi tegang itu dibuat pada 3 Julai lalu, kurang dua tahun selepas pemimpin Israel itu mengharamkan ahli parlimen dan menteri Israel memasuki Masjid al-Aqsa ekoran suasana tegang sekitar Baitul Maqdis.

Sejak akhir 2015 hingga 2017, pertempuran telah tercetus antara warga Palestin dengan Yahudi ekoran keganasan yang dilakukan oleh Yahudi dan pihak berkuasa Israel di sekitar Masjid al-Aqsa dan Baitul Maqdis.

Keputusan membenarkan lawatan oleh pegawai Israel itu mendorong lawatan menteri pertanian Uri Ariel pada 8 Julai lalu, diikuti tiga ahli parlimen Israel diketuai Yehuda Glick daripada parti pemerintah, Likud keesokan harinya.

Pihak berkuasa Palestin bimbang lawatan berterusan oleh pemimpin-pemimpin Israel akan memanaskan suasana di sekitar Baitul Maqdis dan mencetuskan keganasan terbaharu di kawasan tersebut.

Pemerintah Palestin juga telah berhubung dengan negara-negara Arab dan Islam untuk menyampaikan perkembangan di wilayah tersebut, dan pada masa sama membantu dalam menghalang serangan pelampau Yahudi ke atas al-Aqsa dan Baitul Maqdis.

Penjaga hal ehwal Masjid al-Aqsa, dikenali Jabatan Wakaf dan Kemajuan al-Aqsa dalam satu kenyataan menolak keputusan kerajaan Israel itu, sambil menggesa badan-badan antarabangsa campur tangan, termasuk mendesak Israel patuh pada ketetapan dikeluarkan Unesco berhubung kawasan bersejarah itu.

Unesco pada 13 Oktober, 2016 meluluskan resolusi yang ditafsirkan banyak pihak sebagai mengiktiraf Masjid al-Aqsa sebagai peninggalan sejarah Islam. Resolusi itu merujuk pada tempat di Bandar Lama Baitul Maqdis hanya dengan nama Islam dan Inggeris, dan bukan dalam bahasa Yahudi.

Sebelum itu, Unesco mengeluarkan kenyataan menafikan hubungan Yahudi dengan Tembok Barat yang dijadikan tempat ibadat Yahudi pada masa ini. Israel yang berang dengan keputusan ini keluar daripada Unesco pada Oktober 2017.

Kawasan Masjid al-Aqsa terletak di sebuah tanah di atas bukit di tenggara Bandar Lama Baitul Maqdis, yang didakwa Yahudi dibina di atas runtuhan kuil Sulaiman.

Pihak Hamas menggesa rakyat Palestin menggunakan apa sahaja cara yang boleh bagi menghalang Israel meneruskan niat mereka meneruskan menceroboh Masjid al-Aqsa.

Yahya Moussa, ahli parlimen blok Hamas dalam Majlis Perundangan Palestin berkata keputusan Israel itu sesuatu yang “bahaya dan provokatif.”

Katanya lagi, tindakan kerajaan Netanyahu itu ialah sebahagian usaha menjadikan Baitul Maqdis sebuah wilayah Yahudi.

Beliau menggesa warga Palestin berdekatan termasuk dari Tebing Barat supaya pergi ke Masjid al-Aqsa untuk melawat dan berada di sana sebagai satu usaha menghalang pegawai dan ahli parlimen Israel daripada masuk ke sana.

Ahmad al-Mudallal dari Jihad Islami pula berkata keputusan Zionis itu akan mencetuskan pertempuran baharu antara warga Palestin dengan Israel. Katanya, kerajaan Israel mahu membahagikan Masjid al-Aqsa kepada dua bahagian.

Beliau turut mendesak Pihak Berkuasa Palestin berhenti daripada memburu kumpulan penentang Israel yang dianggap pengganas di Tebing Barat dan menumpukan pada usaha menentang Israel.

Ahmad juga menggesa negara-negara Islam membantu Palestin menghadapi usaha Israel untuk menghapuskan identiti Islam dan Kristian di Baitul Maqdis.

Menurut sebuah pertubuhan Israel yang menggalakkan orang Yahudi memasuki kawasan al-Aqsa, sehingga 6 Julai lalu, lebih daripada 22,500 orang Yahudi Israel sudah memasuki kawasan masjid itu sejak awal 2018.

Imad Ghayathah, seorang profesor di Universiti Birzeit berkata tindakan Netanyahu menggalakkan pemimpin Israel memasuki Masjid al-Aqsa itu bertujuan mengalih tumpuan daripada krisis dalaman, melibatkan dakwaan korupsi ke atasnya yang menjejaskan pakatan pemerintah.

Katanya, Israel sering menggunakan isu Palestin untuk membina sokongan dan menarik pengundi.

Keputusan Israel membenarkan pegawai dan ahli parlimen melawat Masjid al-Aqsa dibuat tujuh bulan selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata AS mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel dan kurang dua bulan selepas AS memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis. – Agensi/Mynewshub.tv

Tags: Masjid Al-AqsaPalestin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Brunei Perkasa Sistem Beraja Daulat Islam

Next Post

7 Penduduk Awam Maut Serangan Udara

Related Posts

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

Trump Ikrar Akhiri Perang Di Gaza

14/05/2025
0

RIYADH – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan sokongan padu terhadap rakyat Gaza dan menyeru masyarakat antarabangsa agar menangani...

Malaysia Desak PBB Bertindak Hentikan Genosid Israel

Malaysia Desak PBB Bertindak Hentikan Genosid Israel

22/03/2025
0

SHAH ALAM – Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa bertindak tegas terhadap Israel bagi menghentikan...

Next Post

7 Penduduk Awam Maut Serangan Udara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd