• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Parti Didakwa Jual Gelaran Melalui WhatsApp

oleh Cj Mnh
16/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Beberapa anggota parti politik membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan seorang ahli politik menjual gelaran kebesaran dan membeli harta di luar kemampuannya.

Ahli sayap pemuda parti tersebut membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Sentul pada pukul 10.17 malam Jumaat.

Sumber yang berjawatan tinggi dalam parti itu yang enggan dikenali berkata, anggota parti menerima pesanan WhatsApp daripada nombor asing pada Jumaat.

“Terdapat kebimbangan (selepas menerima pesanan). Mereka rasa dikhianati jika ia benar-benar berlaku,” kata beliau.

Sumber tersebut berkata, bagi membersihkan nama baik parti, pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu menyiasat kandungan pesanan WhatsApp tersebut dan dokumen yang dilampirkan bersamanya.

Menurut sumber itu, pesanan itu menyebabkan anggota parti membuat laporan kepada pihak polis, SPRM dan LHDN pada malam yang sama.

Saksi turut mendakwa bahawa beliau melihat dokumen beratus muka surat bagi mengesahkan dakwaan yang dibuat dalam pesanan WhatsApp itu.

Modus operandi yang digunakan oleh pemimpin party itu turut dinyatakan secara jelas dalam pesanan yang diterima mereka.

Pesanan itu menyatakan, pemimpin berkenaan akan meminta setiausaha peribadinya untuk berurusan dengan mereka yang berminat untuk meraih gelaran ‘Tan Sri’.

Pembeli gelaran itu akan diminta untuk menghantar cek atau memindahkan wang tersebut terus kepada peguam pemimpin tersebut.

Sebaik sahaja wang berjaya dipindahkan, ahli politik terbabit akan menghantar surat perintah kepada firma guaman untuk membeli hartanah, sama ada di dalam negara atau luar.

Pesanan tersebut turut mendakwa pemimpin itu memiliki hampir RM30 juta nilai hartanah. – TheStar/Mstar

Tags: Aplikasi WhatsAppGelaran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Warga Emas Maut Kereta Dinaiki Langgar Treler

Next Post

2 Lelaki Pakistan Didakwa Rompak Pelancong Iran

Related Posts

Sultan Johor Larang Wirawati Negara Guna Gelaran ‘Datin Paduka’

18/12/2019
0

PETALING JAYA - Jemaah Majlis DiRaja Johor berkata wirawati negara, Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir tidak berhak menggunakan gelaran “Datin...

Pemandu Dipenjara Guna Lambang, Gelaran Tidak Diiktiraf

05/09/2018
0

IPOH – Seorang pemandu dipenjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki...

Next Post

2 Lelaki Pakistan Didakwa Rompak Pelancong Iran

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd