• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilihan MIC Diadakan Serentak Pada Oktober

oleh
25/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC hari ini sebulat suara memutuskan pemilihan parti bagi peringkat negeri dan pusat akan diadakan serentak pada hari yang sama pada Oktober depan.

Presiden MIC Tan Sri S. A. Vigneswaran berkata keputusan itu diambil atas dasar keprihatinan parti agar tidak membebankan anggota yang perlu hadir mengundi.

“Sekiranya dibuat berasingan, kira-kira 24,000 perwakilan perlu hadir mengundi dua kali, jadi keputusan ini pasti tidak membebankan mereka,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat CWC buat kali pertama sebagai presiden parti itu di ibu pejabat MIC, hari ini.

MIC pada Perhimpunan Agung ke-71 tahun lepas meminda Perlembagaan parti yang memberikan kuasa kepada semua perwakilan pada peringkat cawangan untuk memilih pucuk kepemimpinan parti.

Sebelum ini, hanya 1,500 perwakilan dari cawangan meliputi Ketua, Timbalan Ketua, Setiausaha, Timbalan Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Ketua sayap parti boleh mengundi kepemimpinan tertinggi MIC.

Dalam pada itu, Vigneswaran berkata antara intipati mesyuarat yang dibincangkan hari ini adalah bagi mengembalikan era perjuangan telus MIC pada tahun 1960-an.

“MIC berharap untuk bekerja kuat berlandaskan perjuangan pada ketika itu, dan beriltizam untuk mengukuhkan pengurusan parti agar terus kekal relevan dalam kalangan masyarakat India,” katanya. – BERNAMA

Tags: MIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

19/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau menghormati sepenuhnya segala keputusan yang dibuat...

Keputusan MIC Sertai PN: ‘Saya Akan Tanya Vigneswaran’ – Ahmad Zahid

Keputusan MIC Sertai PN: ‘Saya Akan Tanya Vigneswaran’ – Ahmad Zahid

20/09/2025
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden MIC,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd