• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilihan Ke UNSC Beri Peluang Belgium Cari Keadilan

oleh
28/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mulai tahun depan, Belgium berikrar untuk memburu secara aktif pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 pada 17 Julai 2014 dan menegakkan keadilan kepada mangsa serta keluarga mereka.

Duta Besar Belgium ke Malaysia, Daniel Dargent, berkata pemilihan negara itu bagi penggal 2019-2020 bersama-sama Indonesia, Jerman, Afrika Selatan dan Republik Dominica, akan melebarkan peluang Belgium untuk memastikan semua negara yang terlibat memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap usaha negara benua Eropah itu dalam mencari kebenaran, keadilan serta akauntabiliti buat mangsa dan waris mereka.

“Apabila kami berada dalam sistem majlis, kami akan membawa kes MH17 ke dalam agenda Majlis Keselamatan PBB.

“Kami akan mencadangkan satu penyelesaian, yang membawa maksud, mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab, tidak hanya mereka yang berada di lapangan tetapi juga yang memberikan arahan untuk melancarkan peluru berpandu terbabit,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif di kedutaan itu baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Dargent berkata Resolusi 2166 UNSC yang secara khusus mengesahkan kesepakatan untuk mencari keadilan dan akauntabiliti dengan memastikan pelaku jenayah itu dipertanggungjawabkan, harus dihormati oleh semua pihak tanpa pengecualian.

“Kami menyokong resolusi itu seperti yang diminta; oleh itu, kami berharap semua negara akan terus bekerjasama dalam siasatan yang sedang berlangsung,” katanya sambil menambah siasatan jenayah itu kekal menjadi keutamaan kerajaan Belgium.

Beliau berkata Belgium, sebagai anggota pasukan penyiasat bersama lima negara yang diterajui Belanda (JIT) dalam kes MH17, sudah pasti akan memberi sokongan kuat kepada Belanda bagi membolehkan pihak yang menembak jatuh pesawat itu dipertanggungjawabkan atas perlakuan jenayah tersebut.

“Kami menyokong Belanda, khususnya kerana kami begitu rapat dan kami tahu kami (berdua) adalah mangsa (dalam penerbangan malang itu) dan justeru, adalah penting bagi kami untuk memburu mereka yang bertanggungjawab atas bencana tersebut,” kata Dargent.

Dalam sidang akhbar JIT pada 24 Mei lepas, hasil siasatan menunjukkan bahawa pasukan itu yakin sebutir peluru berpandu jenis BUK TELAR telah digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17 dan ia telah dilancarkan oleh Briged Peluru Berpandu Anti-Pesawat ke-53 (Briged 53), satu unit Tentera Rusia yang berpangkalan di Kursk dalam Persekutuan Rusia.

Kementerian Pertahanan Rusia bagaimanapun menyangkal dakwaan itu.

Sejumlah 298 penumpang dan kru terkorban dalam tragedi itu. Mereka terdiri daripada 193 rakyat Belanda; Malaysia (43); Australia (27); Indonesia (12); Britain (10); empat masing-masing dari Jerman dan Belgium; Filipina (tiga); dan seorang masing-masing dari Kanada dan New Zealand.

Dargent berkata: “Kami tidak sabar untuk menantikan detik itu (berada dalam UNSC) kerana kami juga mempunyai beberapa mangsa dalam bencana ini dan kami juga sebahagian daripada pasukan penyiasat.

“Jadi, apa sahaja yang terdaya kami lakukan, sudah pasti kami akan melakukannya.”

Diterjemah dan disunting oleh Sabarina Baharom – BERNAMA

Tags: MH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd