• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Makmal Bunuh Rakan Sekerja Didakwa

oleh Cj Mnh
17/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANTING – Seorang pembantu makmal Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad di sini dihadapkan di Mahkamah Telok Datok, Banting atas pertuduhan membunuh seorang pembantu tadbir kolej sama, Rabu lepas.

Abdul ‘Azhim Mohamad, 28, didakwa menyebabkan kematian Zaimah Mahmod, 57, di kolej berkenaan di Jalan Sultan Abdul Samad antara 1.30 tengah hari dan 3 petang pada 11 Julai lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Isa Md Nor menetapkan 17 Ogos untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia dan dokumen perubatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Basri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan Abdul ‘Azhim dipercayai menikam menggunakan pisau dan mencekiknya sebelum menelefon polis untuk memberitahu dia telah membunuh wanita berkenaan.

Polis menemui mayat wanita itu bersama Abdul ‘Azhim di dalam stor pejabat pentadbiran kolej itu.
– BERNAMA

Tags: kes bunuhrakan sekerja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Hilang Ditemui Maut, Dipercayai Dibunuh Kekasih

Wanita Hilang Ditemui Maut, Dipercayai Dibunuh Kekasih

30/01/2026
0

BATU PAHAT - Misteri kehilangan seorang wanita yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu terjawab apabila mayatnya...

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

14/01/2026
0

SRI AMAN – Bapa kepada mangsa wanita yang ditemukan meninggal dunia bersama suaminya dalam kejadian tragis di sebuah kediaman di Taman Mutiara,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd