• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Van Jenazah Pergi Memancing Ditemui Lemas

oleh Ahmad Albab
23/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Seorang pemandu van jenazah ditemui mati lemas dalam Sungai Selangor berhampiran Muka Sauk Empangan Kampung Hang Tuah, Bestari Jaya, di sini petang semalam.

Mangsa, Alias Hassan, 62, dikatakan keluar memancing sebelum dipercayai terjatuh ke dalam sungai.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Md. Asri A. Wahab berkata, berdasarkan maklumat daripada anak lelaki mangsa, bapanya dipercayai telah keluar seorang diri dari rumah di Taman Purnama pada pukul 5 petang untuk memancing.

“Mengikut keterangan anak mangsa, bapanya berkerja sebagai pemandu van jenazah dan tidak tahu berenang,” katanya di sini hari ini.

Md. Asri memberitahu, hasil siasatan dan maklumat saksi di tempat kejadian, mangsa didapati telah terjatuh ke dalam sungai berkenaan.

“Seorang saksi yang juga pekerja Loji Air Muka Sauk telah nampak kejadian dan cuba untuk menolong untuk menyelamatkan mangsa tetapi tidak berjaya,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan keseluruhan badan mayat mangsa mendapati tiada sebarang unsur kejadian jenayah.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tanjong Karang menggunakan van jenazah yang selalu dipandu mangsa.

“Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan mati lemas,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Alhafiz Asmuni berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.02 petang.

Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama sebuah jentera FRT diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba, Ismayudin Ibrahim digerakkan ke lokasi untuk operasi khidmat khas mencari dan menyelamat mangsa lemas.

Turut membantu dalam operasi itu, sepasukan lapan anggota dan pegawai dengan sebuah jentera FRT dari BBP Bestari Jaya.

“Mayat mangsa yang ditemui orang awam itu telah dibawa ke tebing. Pasukan bomba menggunakan pengusung untuk mengangkat mayat ke darat,” katanya.

Katanya, mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – K! ONLINE

Tags: mati lemaspemandu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SST Bolehkan Rakyat Berbelanja Lebih

Next Post

Kira-Kira 40,000 Tan Sampah Diurus Dalam 10 Hari Di Makkah

Related Posts

Tular Hentikan Kenderaan Di Tengah Jalan, Pemandu EXCO Johor Diberi Amaran

Tular Hentikan Kenderaan Di Tengah Jalan, Pemandu EXCO Johor Diberi Amaran

24/08/2024
0

JOHOR BAHRU : Pemandu kepada seorang EXCO kerajaan negeri yang menghentikan kenderaan di tengah jalan untuk menegur seorang pemandu lain...

Pemandu Langgar Empat Beranak Didenda RM6,000

Pemandu Langgar Empat Beranak Didenda RM6,000

13/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Pemandu pacuan empat roda yang tular di media sosial kerana melanggar motosikal ditunggang empat beranak, didenda RM6,000 oleh...

Next Post

Kira-Kira 40,000 Tan Sampah Diurus Dalam 10 Hari Di Makkah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd