• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Patriotisme: Meluntur Buluh Dari Rebung

oleh
25/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gelak tawa kanak-kanak memenuhi ruang Taska Ar-Raziq di Seksyen 3, Shah Alam.

Dalam kalangan kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun itu, ada yang ke sana dan ke sini dalam ‘dunia’ mereka sendiri. Ada juga yang mengusik kawan-kawan berhampiran.

Namun, yang ketara sekali, mereka masing-masing memegang Jalur Gemilang.

“Anak-anak Ar-Raziq!” Tiba-tiba suara lantang seorang guru wanita menghentikan keriuhan mereka.

“Kita nyanyi sama-sama ya,” kata guru itu sebaik sahaja mendapat perhatian mereka.

Dan, lagu ‘Tanggal 31’ nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad mula berkumandang.

Meskipun tidak dapat mengikut nada lagu itu sepenuhnya, nyanyian anak-anak kecil ini penuh bersemangat.

Mereka menyanyi dengan mengikut pergerakan guru sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Selepas itu, mereka menyanyikan pula lagu-lagu patriotik lain seperti ‘Warisan’ dan ‘Jalur Gemilang’.

MENDIDIK DARI KECIL

Pengetua taska itu, Afiza Abdul Aziz, 44, berkata menyanyi lagu patriotik beramai-ramai sambil memegang bendera Malaysia adalah antara aktiviti tahunan taska itu sempena sambutan Hari Kebangsaan pada Ogos dan Hari Malaysia pada September.

Aktiviti lain adalah mewarnakan bendera Malaysia, menghias kelas dengan tema Hari Kebangsaan, menghasilkan topi merdeka, bercerita tentang tokoh atau pahlawan yang berjuang mendapatkan kemerdekaan dan paling istimewa pertandingan pakaian tradisional rakyat Malaysia.

“Anak-anak taska memang suka dengan aktiviti Bulan Kebangsaan.

“Mereka nampak gembira dan bersemangat ketika menyanyi lagu patriotik, suka bila dapat hasilkan dan memakai topi buatan masing-masing…yang paling mereka suka ialah memperaga pakaian tradisional. Semuanya nampak comel,” kata Afiza yang sudah enam tahun mengusahakan taska tersebut.

Walaupun kanak-kanak belum memahami sepenuhnya makna merdeka dan patriotisme, beliau percaya aktiviti yang dijalankan itu dapat membantu menyemai semangat cintakan negara.

“Pada saya, aktiviti yang diadakan sepanjang Bulan Kebangsaan adalah penting kerana kita memberi pendedahan tentang semangat kemerdekaan pada anak-anak kecil ini.

“Sebab mereka sukakan keseronokan, bila diberi aktiviti yang mereka suka, mereka akan cepat belajar,” jelasnya.

ISTIMEWANYA JALUR GEMILANG

Setiap kali negara menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 Sept, kempen mengibar Jalur Gemilang pasti diadakan bagi menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat termasuk kanak-kanak.

Namun, Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Zaid Ahmad berkata banyak pihak khususnya generasi muda yang masih tidak memahami kemuliaan identiti negara – Jalur Gemilang.

Menurutnya masyarakat di seluruh dunia hidup dengan simbol yang dizahirkan dalam pelbagai bentuk seperti pakaian, bahasa dan rekaan.

“Simbol-simbol ini berperanan menunjukkan identiti dan dalam konteks negara bangsa, simbol identitinya adalah bendera.

“Dalam ketenteraan atau peperangan, panji-panji dijulang dan martabatnya lebih tinggi daripada bendera biasa. Panji-panji kita ialah bendera Malaysia yang melambangkan kedaulatan negara,” tegasnya.

Beliau berharap kerajaan dapat memastikan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini bersifat inklusif dengan melibatkan semua lapisan masyarakat untuk turut sama meraikannya.

KIBAR BENDERA TANPA PAKSAAN

Timbalan Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith berkata sebagai rakyat yang cintakan negara, mereka perlulah komited untuk mengibarkan Jalur Gemilang tanpa perlu sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

“Perkara yang perlu dibuat adalah menyuntik semangat patriotik kepada rakyat khususnya golongan muda untuk sama-sama merasai apa itu sambutan Hari Kebangsaan atau paling tidak sama-sama menjiwai pengorbanan para pejuang terdahulu dalam proses menuntut kemerdekaan,” katanya.

Bulan Kebangsaan yang bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’ dan Kibar Jalur Gemilang 2018 akan dilancarkan pada 4 Ogos depan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual merasmikan pelancaran majlis itu.

Disunting oleh Nur-ul Afida Kamaludin – BERNAMA

Tags: Patriotisme
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rombak Silibus Sejarah, Terap Elemen Patriotisme

30/08/2018
0

BANGI - Kementerian Pendidikan perlu merombak silibus subjek Sejarah di sekolah dengan memasukkan elemen patriotisme dan pembentukan Malaysia. Tokoh sejarawan...

Rakyat Perlu Semangat Patriotisme Beli Produk Tempatan

13/08/2018
0

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia perlu mencontohi semangat patriotisme seperti yang dimiliki rakyat Jepun dengan menyokong membeli produk tempatan sehingga dikenali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd