• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Croatia Terima Sambutan ‘Juara’

oleh Cj Mnh
17/07/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RATUSAN ribu penyokong turun membanjiri ibu kota Zagreb hari ini untuk meraikan ketibaan pemain Croatia sejurus pulang daripada Rusia selepas tewas dalam aksi final Piala Dunia.

Polis menganggarkan sekitar 550,000 penyokong menyambut pasukan yang dibawa berarak menggunakan bas tanpa bumbung daripada lapangan terbang ke tengah-tengah dataran utama di ibu kota berkenaan.

Ia ambil masa kira-kira lima jam untuk bas itu tiba ke Dataran Jelavic tatkala bergerak perlahan melepasi deretan penyokong yang mengibarkan bendera, memakai jersi Croatia merah dan putih serta menyanyikan lagu-lagu kebangsaan mereka.

Sejak negara di bawah jajahan Yugoslavia itu merdeka pada 1991, hanya sekali Zagreb dilihat penuh dengan orang ramai iaitu ketika kunjungan Pope John Paul II pada 1994.

Malah, dianggarkan lebih daripada 100,000 orang memenuhi dataran itu untuk meraikan kejayaan skuad Vatreni yang diketuai kapten dan pemenang Bola Emas, Luka Modric.

“Hrvatska, Hrvatska!” sorakan itu bergempita sebaik pengendali Croatia Zlatko Dalic dan barisan pemainnya mula masuk ke pentas utama di depan skrin besar dengan tembakan confetti (kertas kecil) berwarna merah putih memenuhi ruang udara.

Pemain dan penyokong turut bersama menyanyikan lagu kebangsaan negara itu.

“Terima kasih Croatia, terima kasih Zagreb! Impian kita sudah tercapai,” kata Modric kepada penyokong.

Croatia mencipta sejarah baharu kali ini apabila mara kali pertama ke pentas final Piala Dunia, namun tumbang kepada Perancis 4-2 dalam perlawanan penuh menghiburkan di Stadium Luzhniki. – AFP

Tags: croatiasambutan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Cedera Bot Kargo Berisi Tong Gas, Petrol Terbakar

Next Post

PKR Terengganu Sokong Anwar Jadi Presiden Parti

Related Posts

Jawi Anjur Sambutan Maal Hijrah 2 Ogos Ini

Jawi Anjur Sambutan Maal Hijrah 2 Ogos Ini

28/07/2022
0

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menganjurkan Majlis Sambutan...

Euro 2020: Sepanyol Lolos Sekatan Croatia

29/06/2021
0

COPENHAGEN - Jaringan masa tambahan Alvaro Morata dan Mikel Oyarzabal memberikan Sepanyol kemenangan 5-3 ke atas Croatia di Stadium Parken,...

Next Post

PKR Terengganu Sokong Anwar Jadi Presiden Parti

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd