• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Neraka’ Remaja Di Pusat Pelacuran Bangladesh

oleh Ahmad Albab
26/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DHAKA – Remaja bawah umur semuda 13 tahun yang dijual kepada pusat pelacuran di Bangladesh, dipaksa mengambil steroid untuk lembu bagi mempercepatkan pertumbuhan tubuh mereka.

Seorang daripada mereka dikenali sebagai Rupa (bukan nama sebenar), kini berusia 19 tahun, sudah lima tahun bekerja dengan pusat pelacuran di Dhaka menceritakan kisahnya.

Menurut laporan Daily Mail, Bangladesh membenarkan pelacuran, namun melarang wanita berusia bawah 18 tahun menjadi pelacur dan memerlukan lesen menunjukkan kerelaan untuk bekerja.

Namun, dianggarkan hampir 50 peratus pekerja seks ialah remaja perempuan bawah umur, kebanyakannya pengantin kanak-kanak yang kemudian dipaksa melacur.

Rupa bekerja di Kandipara yang dianggap ‘perkampungan pelacur’, tinggal dalam rumah bersama kira-kira 400 pelacur lain.

Rupa berkahwin ketika berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 30-an, namun selepas mendapat seorang anak, suaminya terbunuh dalam kemalangan.

Keluarganya enggan menerimanya kembali dengan alasan tidak mampu menyara remaja itu dan anaknya.

“Saya bukan lagi anak dara menyebabkan tiada siapa mahu mengahwini saya,” katanya kepada Telegraph.

Rupa berhijrah ke Dhaka mencari kerja, namun diperdaya dan dijual kepada rumah pelacuran di daerah Kandipara.

Selama tiga hari dia dikurung dan dipukul kerana cuba melarikan diri.

Bersama makanan, dia diberi Oradexon iaitu steroid lembu agar tubuhnya cepat membesar dan kelihatan lebihberusia.

“Ketika dibawa ke balai polis untuk dapat lesen, bimbang dipukul lagi, saya hanya ulang apa yang dipesan ibu ayam iaitu saya berusia 18 tahun dan mahu menjadi pelacur dengan rela kerana tiada pilihan lain,” katanya.

Rupa perlu melayan sehingga 12 pelanggan sehari yang setiap seorang membayar 200 taka (kira-kira RM9.60).

Selain tidak menjalani pemeriksaan perubatan bagi mengelak penyakit kelamin, dia juga sering dipukul pelanggan.

Pelacur di Bangladesh biasanya bekerja sehingga mereka mampu beli kebebasan mereka, namun bagi Rupa: “Saya sering impikan masa depan yang lebih baik, namun sedar saya tidak mungkin mendapatnya.” – myMetro Online

Tags: Bangladeshpusat pelacuran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

03/10/2024
0

JOHOR BAHRU : Dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran Bangladesh yang transit di Singapura akan dibawa masuk dengan cara berjalan...

Lelaki Bangladesh Dalang Sindiket Pemalsuan Pasport Ditahan

Lelaki Bangladesh Dalang Sindiket Pemalsuan Pasport Ditahan

29/08/2024
0

Petaling Jaya : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dengan penahanan lima lelaki warga Bangladesh dalam Operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd