• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Saman Shukri, Amar, Tommy

oleh
07/07/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAMAN…. Setelah sekian lama dimalukan secara terbuka tanpa sebarang bukti sah, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya telah memfailkan saman terhadap tiga penyiasat utama skandal 1MDB.

Dalam tiga pemfailan sivil minggu lalu namun hanya dilihat agensi berita asing Reuters pada Rabu, peguam Najib mendakwa ketiga-tiga mereka didapati bersikap prejudis terhadap bekas perdana menteri itu ketika proses siasatan.

Mereka ialah Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh dan Peguam Negara, Tommy Thomas

Badrul Abdullah yang mengetuai salah satu firma guaman sebagai mewakili Najib berkata, saman tersebut dibuat berdasarkan pelbagai kenyataan ‘panas’ sebelum ini yang dibuat oleh tiga individu berkenaan.

“Kami mahu mendapatkan keputusan mahkamah sama ada wujud unsur konflik kepentingan di kalangan individu yang mengendalikan kes ini,” kata Badrul kepada wartawan Reuters secara eksklusif ketika dihubungi.

Mengulas dengan lebih lanjut, Badrul berkata bahawa anak guamnya itu menuntut ganti rugi kos dan arahan serta relief lain yang dianggap sesuai oleh pihak mahkamah ketika akhir penghakiman kemudian.

Rekod mahkamah di ibu negara itu menunjukkan tiga permohonan berkenaan sebenarnya sudah pun difailkan pada 30 Jun lalu tanpa sebarang publisiti dan dokumen tersebut menamakan Najib sebagai pemohon.

Peguam Najib dan responden dijadual akan bertemu dengan dua hakim pada 16 Julai ini bagi proses pendengaran pra-perbicaraan yang lazimnya hanya dilakukan di dalam kamar hakim secara tertutup.

Pada Mei lalu, Shukri berkata siasatan 1MDB pada 2015 konon telah ditekan, sementara Amar mengetuai rampasan polis terhadap barangan mewah bernilai kira-kira AS$275 juta di premis yang dikaitkan dengan keluarga Najib.

Tommy ialah ketua pendakwa kes Najib dengan tiga pertuduhan pecah amanah berkaitan kes SRC International dan satu pertuduhan salah guna jawatan membabitkan RM42 juta yang didakwa dipindah ke akaunnya daripada SRC.

Kes itu menarik perhatian ramai kerana setakat ini pendakwaan terhadap Najib langsung tidak menyentuh isu dana RM2.6 bilion yang konon hilang daripada akaun 1MDB dan tular ditohmah  sejak 2015. – Mynewshub.TV

Tags: Datuk Seri Amar Singh Ishar SinghMohd. Shukri AbdullNajib Tun RazakTommy Thomas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rizab Terus Jatuh, Kali Ini RM12 Bilion

Next Post

PH Abai Felda, Tiada Pun Ucapan Hari Peneroka!

Related Posts

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

15/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggesa kerajaan menyiasat tindakan mana-mana pihak yang mencetuskan ruang memanipulasi mekanisme...

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas’

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas’

08/12/2022
0

Umno mesti kekal bertindak sebagai pendorong, semak dan imbang kepada kerajaan semasa tanpa kompromi, kata ahli Majlis Kerja Tertingginya Mohd...

Next Post

PH Abai Felda, Tiada Pun Ucapan Hari Peneroka!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd