• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Rai Hari Lahir Dengan Waris MH17

oleh
23/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEDERHANA… Meskipun Datuk Seri Najib Tun Razak terus diserang pentadbiran Pakatan Harapan (PH), beliau tidak lupa untuk menyambut hari lahirnya yang ke-65 pada malam kelmarin.

Menurut laporan media, majlis itu disambut dua hari lebih awal daripada tarikh lahir beliau yang sebenar diadakan di kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur dan dihadiri sekitar 100 anggota keluarga serta rakan-rakan.

Sambutan sederhana itu juga adalah sempena memperingati ulang tahun keempat tragedi pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 ditembak pada 17 Julai 2014 mengorbankan seramai 283 penumpang dan 15 kakitangan.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan yasin dan solat hajat di surau kediaman beliau di tingkat bawah, disusuli dengan solat fardu Maghrib and Isyak secara berjemaah, lapor portal berita tempatan Malaysiakini.

Hadirin kemudian diajak untuk naik ke aras anjungan di tingkat atas untuk menjamu pelbagai juadah, termasuk hidangan laksa Johor dan kuih-muih tradisional sambil mereka dihiburkan dengan persembahan ghazal.

Selain itu, majlis berkenaan juga mempunyai tiga buah kek serta dua pulut kuning. Acara tersebut turut dihadiri oleh ibu beliau sendiri, Toh Puan Rahah Mohammad Noh dan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Portal itu turut melaporkan bahawa menerusi ucapannya Najib meluahkan perasaan terharu dengan kesudian ramai tetamu dari seluruh negara yang sanggup datang untuk bersama-sama meraikan ulang tahun kelahirannya.

“Saya menghargainya (sambutan ini), untuk meraikan majlis istimewa ini dengan menggunakan perbelanjaan anda sendiri bagi menghadirinya dan turut menyumbang sedikit kepada suasana majlis ini.

“Kehadiran anda semua di majlis ini yang agak ringkas bukan kerana saya masih lagi dalam pentadbiran kerajaan tetapi kerana anda tetap percaya dan terus sokong saya,” kata beliau dalam nada terharu.

Berkenaan tragedi MH17, Najib berkata beliau memainkan peranan sebagai perdana menteri dan berharap kerajaan baharu akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab atas nahas itu.

“Kita berharap ada akan meneruskan langkah ini memastikan keadilan dilaksanakan dan lihat ia telah dilakukan,” katanya merujuk tragedi MH17 di timur Ukraine semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Laporan agensi berita antarabangsa Reuters baru-baru ini, memetik ketua siasatan jenayah polis Belanda yang mengesahkan MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu tentera Rusia. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: MH17Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd