• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mansuhkan Undang-Undang Halang Rakyat Bersuara

oleh Ahmad Albab
29/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Kerajaan akan memansuhkan undang-undang yang menyusahkan kebebasan rakyat untuk bersuara, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Menurut beliau ia sejajar dengan komitmen kerajaan Pakatan Harapan yang memberikan rakyat kebebasan bersuara dalam Malaysia Baharu.

“Rakyat punyai hak untuk bersuara dan menegur kerajaan serta pemimpin tetapi tidak boleh membuat fitnah jika tiada bukti dan asas,” katanya pada Majlis Kesyukuran dan Perasmian Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu Sapi di sini, hari ini.

Tanpa menyatakan akta tersebut, Liew yang juga Anggota Parlimen Batu Sapi berkata pemimpin dan kerajaan di bawah PH bersikap terbuka menerima teguran rakyat tanpa menyentuh soal peribadi pemimpin.

Dua akta yang telah dinyatakan oleh kerajaan akan dimansuhkan adalah Akta Antiberita Tidak Benar dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma.

Dalam pada itu, ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Liew menafikan dakwaan perluasan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak di negara ini akan dihentikan yang dinyatakan oleh Anggota Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman.

Katanya ini satu lagi dakwaan berunsur fitnah kerana beliau selaku menteri yang bertanggungjawab portfolio berkaitan undang-undang, belum membuat perbahasan di Parlimen.

Liew diminta mengulas dakwaan Azalina itu ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Parlimen pada Khamis lepas. – BERNAMA

Tags: Kerajaan PHundang-undang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Tertakluk Pematuhan Undang-Undang Sedia Ada, Surat Aku Janji – AGC

Penjawat Awam Tertakluk Pematuhan Undang-Undang Sedia Ada, Surat Aku Janji – AGC

23/07/2025
0

SHAH ALAM - Penyertaan penjawat awam dalam perhimpunan awam adalah tertakluk kepada pematuhan undang-undang sedia ada, termasuk arahan daripada pihak...

Gubal Undang-undang Pastikan Kerajaan Kekal Hingga Akhir Penggal – Ahmad Zahid

Gubal Undang-undang Pastikan Kerajaan Kekal Hingga Akhir Penggal – Ahmad Zahid

13/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Satu undang-undang khusus perlu digubal bagi membolehkan kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU), mentadbir dan bertahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd