• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mansuh SOSMA Bukan Makna Bertoleransi Dalam Hal Keganasan

oleh
24/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penyokong kerajaan berpendapat bahawa cadangan memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) bukan bermakna kerajaan bertoleransi dalam hal keganasan.

Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) berkata sebaliknya, adalah menjadi kewajipan bagi kerajaan meminda dan memansuhkan undang-undang dan program yang zalim serta menekan rakyat selain melanggar prinsip hak asasi serta kebebasan individu.

Beliau berkata masalah yang timbul ekoran penguatkuasaan SOSMA adalah ramai individu yang tidak bersalah atau melakukan kesalahan yang dianggap kecil dihukum secara ‘disproportionate’ (tidak adil).

“Undang-undang seperti SOSMA, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), Akta Hasutan 1948 serta Akta Perhimpunan Aman 2012 yang pernah disalah guna pada masa lalu tidak menepati prinsip Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tulang belakang demokrasi berparlimen di negara ini dan ia harus dimansuhkan.

“Mereka yang ditahan tidak dibenarkan diikat jamin walaupun telah dibebaskan oleh mahkamah sehingga selesai perbicaraan malah wujud tuduhan serius berlakunya penyeksaan dalam tahanan,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Nik Nazmi berkata program seperti Biro Tata Negara perlu ditamatkan dengan segera kerana ia tidak memberi manfaat kepada negara malah perbelanjaan yang digunakan juga satu pembaziran.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Nik Nazmi Nik AhmadSOSMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

19/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi...

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

29/05/2024
0

Seramai 18 ahli gabungan lima kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan TR ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd