• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gagal Tunai Janji Manifesto, Saifuddin Salahkan BN

oleh
22/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Kerajaan Pakatan Harapan bukanlah “flip-flop” (cepat mengubah keputusan) tetapi terpaksa menghadapi pelbagai kekangan dalam melaksanakan manifestonya dalam Pilihan Raya Umum lepas.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata manifesto yang disediakan Pakatan Harapan sebelum ini itu juga sebenarnya telah menghadapi kekangan tertentu berikutan tidak mempunyai maklumat lengkap disebabkan halangan daripada kerajaan sebelum ini.

“Kami bukan flip-flop, (selepas mengambi alih kerajaan) kami juga terpaksa menghadapi kekangan (peninggalan bebanan oleh kerajaan sebelum ini).

“(Namun) ada manifesto yang sudah kami dapat laksanakan, dalam tempoh 70 hari, daripada 10 janji dalam 100 hari itu dua janji kami sudah tunaikan, enam dalam proses pelaksanaan dan dua lagi belum dilaksanakan,” katanya yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan.

Saifuddin berkata kerajaan Pakatan Harapan bertekad menunaikan semua janji-janjinya itu dan berkemungkinan mengambil tempoh satu penggal pemerintahan dengan terpaksa membuat beberapa perubahan berikutan kekangan dan keadaan tertentu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata kerajaan memerlukan masa lebih daripada 100 hari untuk menunaikan janji-janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan.

Antara janji-janji Pakatan Harapan ialah menangguhkan pembayaran hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), meningkatkan tahap gaji minimum dan menubuhkan jawatankuasa bagi membincangkan Perjanjian Malaysia 1963.

Turut dijanjikan, penubuhan suruhanjaya siasatan diraja mengenai skandal melibatkan 1MDB, Felda, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Lembaga Tabung Haji.

Beberapa janji Pakatan Harapan sudah dilaksanakan seperti mengeluarkan nama peminjam PTPTN daripada senarai hitam dan memansuhkan cukai barangan dan dan perkhidmatan (GST).

Saifuddin yang dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Indonesia bermula semalam itu, mengadakan pertemuan bersama pelajar Malaysia di Jakarta hari ini.

Beliau turut memberikan penjelasan berkenaan kejayaan Pakatan Harapan yang mengambil alih kerajaan pada pilihan raya umum lepas.

“Rakyat mahukan perubahan, istilah Malaysia Baru adalah istilah yang diungkapkan rakyat dan kerajaan Pakatan Harapan akan melakukan yang terbaik dalam memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Saifuddin Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Malaysia Kepada Palestin Tidak Pernah Berubah

30/11/2021
0

PUTRAJAYA : Israel digesa menamatkan keganasan, pencerobohan berulang, penindasan sistematik dan jenayah apartheid terhadap rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak....

Malaysia Teliti Perkembangan Sebelum Iktiraf Kerajaan Taliban

21/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengambil pendirian berhati-hati dan meneliti perkembangan semasa dengan mengambil kira pertimbangan tertentu, sebelum membuat keputusan mengiktiraf...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd