• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Longhi Hadiah Kejuaraan Kepada Tunku Ismail, Peminat

oleh Cj Mnh
12/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Raul Longhi menghadiahkan kemenangan mereka sebagai juara Liga Super buat musim kelima berturut-turut kepada pemilik pasukan itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan peminat mereka yang memainkan peranan penting untuk pasukan musim ini.

Warga Argentina berusia 66 tahun itu, yang mengambil alih pasukan tersebut selepas kepulangan jurulatih Portugis, Ulisses Morais pada Februari lepas, mendedahkan, Tunku Ismail yang juga Tengku Mahkota Johor telah menghubungi beliau untuk menggantikan Morais.

“Saya sentiasa memberi sokongan kepada pemain kerana saya percayakan mereka. Apa yang penting mereka memberi yang terbaik dan menunjukkan peningkatan prestasi dalam permainan mereka,” kata Longhi seperti dipetik dalam catatan terbaharu di Facebook rasmi JDT; Johor Southern Tigers.

“Saya juga menaruh keyakinan yang tinggi terhadap pemain muda JDT. Mereka adalah pemain untuk masa depan JDT kerana mereka mempunyai mentaliti terbaik,” kata Longhi.

JDT mengekalkan kejuaraan Liga Super bagi musim kelima berturut-turut sejak 2014 selepas menewaskan saingan terdekat, Perak 2-1 di Stadium Perak, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan mengumpulkan 47 mata dan mendahului 16 mata daripada Perak yang kekal di tangga kedua kedudukan Liga Super, dengan empat baki perlawanan.

Keputusan itu juga melayakkan JDT memperoleh kemasukan terus ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia 2019.

Mengenai perlawanan menentang Perak, Longhi berkata skuad Harimau Selatan terpaksa berhempas pulas sebelum pemainnya menemui rentak permainan di pertengahan babak kedua untuk memenangi perlawanan itu.

“Pada babak pertama, kami mempunyai antara tiga dan empat peluang untuk menjaringkan gol tetapi nasib tidak menyebelahi kami. Bagaimanapun pemain bermain dengan baik pada babak kedua dan menjaringkakan dua gol. Saya sangat gembira dengan semua pemain,” katanya. – BERNAMA

Tags: Piala SuperRaul Longhi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Longhi Mahu Menang Besar Menetang Song Lam Nghe An

23/04/2018
0

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) Raul Longhi melaungkan keyakinan pasukannya mampu mara ke saingan separuh akhir...

“Saya TMJ, Bukan Tak Mampu Bayar” – Tunku Ismail

06/12/2017
0

SEBAGAI pemilik skuad Harimau Selatan, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim sama sekali tidak gentar dengan ugutan Mario Gomez yang ingin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd