• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Cedera Parah Ditikam Sekumpulan Lelaki Di Kuil

oleh Cj Mnh
30/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki cedera parah selepas ditikam sekumpulan lelaki dalam satu pergaduhan berhampiran sebuah kuil di Perai, dekat sini pada Sabtu.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian pukul 8 pagi itu, mangsa berusia 22 tahun ditikam di beberapa bahagian belakang badan dan mengalami kecederaan parah sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).

“Mangsa berada dalam keadaan separuh sedar ketika dihantar ke HSJ dan dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan, lelaki itu dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya di sini hari ini.

Katanya siasatan awal mendapati mangsa ke kuil itu untuk menjalani upacara keagamaan sebelum berlaku kekecohan disusuli pergaduhan di situ.

Beliau berkata mangsa mendakwa ketika itu berlaku pergaduhan antara beberapa lelaki dan dia kemudian ditikam di beberapa bahagian belakang badan.​​​​

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Sumber itu berkata, mangsa tidak dapat mengecam individu yang menikamnya itu kerana kejadian berlaku begitu pantas.

Katanya setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek dan meminta saksi yang melihat kejadian menghubungi balai polis berhampiran.

“Polis juga sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan berhampiran bagi mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan usaha mengesan suspek terlibat giat dijalankan.

Katanya hasil siasatan awal mendapati pergaduhan itu berpunca daripada sekumpulan lelaki yang dipercayai mabuk dan hilang kawalan sebelum mereka menimbulkan kekecohan serta menikam mangsa.​ – BERNAMA

Tags: bergaduhkuil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

‘Datuk Kong’ Dipindahkan, Netizen Puji Pemilik Akur Arahan PBT

‘Datuk Kong’ Dipindahkan, Netizen Puji Pemilik Akur Arahan PBT

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Sebuah video tular memaparkan patung 'Datuk Kong' dipindahkan dari satu lokasi menarik perhatian ramai netizen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd