• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lakukan EIA Secara Telus Sebelum Keluar Permit

oleh Cj Mnh
24/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang diminta melakukan ujian penilaian alam sekitar secara telus sebelum meluluskan permit untuk perlombongan pasir.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut Lee Chin Chen daripada DAP berkata langkah itu perlu kerana kegiatan kuari berisiko mencemarkan sungai seperti yang dikatakan berlaku di Sungai Perting di Bentong.

“Kerajaan perlu memastikan lokasi kuari yang diluluskan bukan berdekatan dengan sumber air mentah dan pegawai terlibat dihantar ke lokasi untuk membuat pemeriksaan secara berkala.

“Ini bagi memastikan operasinya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kerajaan tidak boleh teragak-agak untuk membatalkan permit kuari yang melanggar SOP ditetapkan,” katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah diraja Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Lee berkata wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) tidak membantah tindakan kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional itu meluluskan permit melombong pasir, namun alam sekitar harus diutamakan bagi mewujudkan suasana ‘menang-menang’.

Dalam perbahasannya Lee juga memohon kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail agar memberikan peruntukan kepada ADUN pembangkang seperti yang dilaksanakan kerajaan persekutuan di bawah PH.

Tindakan itu telah dicontohi oleh beberapa negeri lain seperti Johor, Perak dan Kelantan kerana menyedari kebaikan yang akan dinikmati rakyat, katanya.

“Dasar ini yang tidak pernah dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu memberi manfaat kepada semua. Saya berharap kerajaan negeri boleh bersikap adil dan memberi peruntukan kepada pembangkang agar kebajikan rakyat tidak diabaikan.

“ADUN boleh menggunakan wang itu untuk membayar gaji penolong pusat perkhidmatan dan penyelidik dasar selain memastikan semua urusan dilaksanakan dengan lebih cekap,” katanya.

Sementara itu, Andansura Rabu (PAS-Beserah) memuji langkah penurunan kuasa kepada pentadbir tanah daerah bagi kelulusan kebenaran pindah milik tanah dan gadaian tanah yang sebelum ini berada di bawah kuasa menteri besar.

Langkah itu membolehkan kelulusan pindah milik antara waris qadim (yang berhak menerima pusaka) diberikan dalam tempoh sehari dua manakala urusan pindah milik selain daripada waris qadim memerlukan kelulusan selama 10 hari.

Andansura berkata tindakan itu wajar memandangkan Pahang negeri yang besar dan menteri besar memerlukan tempoh masa yang lama untuk meneliti setiap permohonan di samping menguruskan pentadbiran lain.

“Saya menerima maklumat ada urusan memindah tanah pada 1977 masih belum selesai, bahkan pemiliknya sudah meninggal dunia. Saya sendiri diberikan 45 senarai tertunggak di sebuah kampung di Beserah,” katanya.

Selain itu, Andansura berharap kerajaan negeri akan lebih tegas dalam menangani isu judi yang didakwanya semakin berleluasa sehingga menjejaskan institusi kekeluargaan.

Beliau berkata di Beserah sahaja, statistik Balai Polis Cherating menunjukkan tujuh serbuan dijalankan dalam tempoh dua bulan bermula Mei lalu dan ada di antaranya melibatkan pusat judi yang sama.

Persidangan bersambung esok.  – BERNAMA

Tags: pasirPermit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Harap Kaji Semula MEB Bukan ‘Pindaan Kosong’

Next Post

Kucing Ini Tular Kerana Muka Macam Manusia

Related Posts

Padah Bawa 14 Lembu Korban Tanpa Permit

Padah Bawa 14 Lembu Korban Tanpa Permit

28/06/2023
0

George Town – Tindakan seorang pemandu lori membawa 14 ekor lembu korban tanpa permit pemindahan akhirnya membawa padah apabila dia...

Wanita Ditahan Simpan, Jual Mercun Tanpa Permit

Wanita Ditahan Simpan, Jual Mercun Tanpa Permit

06/04/2023
0

SEPANG: Seorang peniaga wanita ditahan polis kerana menyimpan stok mercun tanpa lesen sah dan tiada kelulusan menjual mercun yang bersyarat....

Next Post

Kucing Ini Tular Kerana Muka Macam Manusia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd