• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lain Yang Dicari, Lain Pula Yang Dapat…

oleh Cj Mnh
10/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

AGENSI Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menahan dua lelaki untuk siasatan kerana memiliki selaras senapang patah, tiga peluru hidup, dua laras senapang angin buatan sendiri dan bahan letupan.

Kesemua senjata dan bahan letupan itu dirampas dalam operasi khas membabitkan sepasukan pegawai dan anggota Special Tactical Response & Investigation Key Enforcers (STRIKE) Ibu Pejabat dan kontinjen Kelantan di FELCRA Teratak Batu, Pasir Puteh, Kelantan pada jam 1 pagi Ahad lalu.

Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Zainudin Abdullah berkata, pasukan STRIKE sebelum itu menjalankan serbuan ke atas sebuah premis sebelum menahan tujuh individu di lokasi berkenaan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, pasukan STRIKE yang melakukan pemeriksaan terkejut apabila mendapati salah seorang daripada mereka yang diperiksa menyimpan tiga butir peluru hidup di dalam poket seluar.

“Susulan itu anggota pasukan STRIKE dikerahkan menjalankan pemeriksaan menyeluruh di dalam premis itu sebelum berjaya menemui selaras senapang patah selain dua laras senapang angin buatan sendiri.

“Turut ditemui sebutir kelongsong plastik berwarna hijau yang bertulis ‘explosive’ dipercayai bahan letupan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, atas faktor keselamatan STRIKE tidak mengendalikan bahan letupan berkenaan apabila dirujuk kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Menurutnya, seorang lelaki yang mengaku bekerja di premis itu turut ditahan apabila didapati berada di lokasi semua senjata berbahaya berkenaan dijumpai.

Katanya, lima lelaki lain dipercayai pengunjung premis itu ditahan selepas didapati positif saringan ujian air kencing, manakala dua lagi lelaki ditahan STRIKE atas kesalahan memiliki senjata berbahaya lalu diserahkan kepada polis.

“Dalam operasi sama bermula jam 1 pagi, pasukan STRIKE memeriksa 19 individu dan menahan 11 lelaki selepas didapati positif ujian saringan dadah jenis amphetamine atau lebih popular di negeri itu sebagai pil kuda atau yaba,” katanya. – MyMetro

** Sekadar Video Hiasan..

Tags: AADKsenjata
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

NGO Desak Kerajaan PH Henti Terus Projek ECRL

Next Post

Remaja ‘Mu Pa’ Terpaksa Lupa Ke Moscow

Related Posts

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

02/03/2025
0

ISTANBUL - Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata...

[TERKINI] Suami Isteri Bekal Senjata Kepada Lelaki Israel Direman Seminggu

[TERKINI] Suami Isteri Bekal Senjata Kepada Lelaki Israel Direman Seminggu

30/03/2024
8

Kuala Lumpur : Pasangan suami isteri yang ditahan selepas disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel direman selama tujuh...

Next Post

Remaja 'Mu Pa' Terpaksa Lupa Ke Moscow

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd