• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konsep Hantar Utusan Khas Tidak Salah – Saifuddin

oleh Cj Mnh
25/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Konsep menghantar utusan khas ke luar negara bukan sesuatu yang menyalahi undang-undang dan ia lazim dilakukan kerajaan bagi mengadakan perbincangan dengan negara lain mengenai isu-isu tertentu berdasarkan situasi tertentu.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata dalam hal tertentu kerajaan boleh menghantar Menteri Luar untuk tujuan itu, namun adakalanya menteri lain juga dihantar ke luar negara dengan tujuan yang khusus.

“There are many ways of dealing with our foreign friends, sometimes we send Foreign Minister, sometime we send Minister of Finance, sometimes we send Minister of Economic Affairs.

So it depends on the situation. It is a case by case things,”

(“Ada banyak cara berurusan dengan rakan luar negara kita, kadang-kadang kita menghantar Menteri Luar, kadang-kadang kita hantar Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

(“Jadi ia bergantung kepada keadaan. Ia berdasar kepada satu-satu kes,”) katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini ketika diminta mengulas keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengutuskan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Tun Daim Zainuddin ke China baru-baru ini.

Sambil mempertahankan tindakan itu, Saifuddin berkata Daim diberikan mandat khusus dan beliau melaporkan secara langsung hasil lawatannya ke China kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata, perkara utama yang harus diberi perhatian mengenai lawatan Daim itu ialah bagaimana Malaysia dan China boleh mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara.

“Hubungan kita dengan China bukannya baru, ia secara rasmi bermula pada tahun 1974. Tetapi hubungan yang intim.. hubungan kebudayaan telah terjalin beratus tahun.

“We have to continue, we want to foster good relation, good ties and if possible we want better ties with China. Yes, we have some issues but I think that is part of terms of reference and I think that is why Tun Daim was sent as special envoy,” he said.

(“Kita perlu teruskan, kita mahu jalinkan hubungan baik, ikatan baik dan kalau boleh kita mahu ikatan baik dengan China. Ya, kita ada beberapa isu tetapi saya berpendapat ia adalah sebahagian daripada mandat khusus dan saya berpendapat itu sebabnya Tun Daim dihantar sebagai wakil khas,” katanya.)

Sebelum ini, Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mempersoalkan peranan yang dimainkan Daim dan CEP yang didakwanya bukan hanya bertindak sebagai penasihat tetapi juga memberi arahan kepada kerajaan.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong yang menegaskan peranan CEP hanyalah dalam kapasiti penasihat dan tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif. – BERNAMA

Tags: Datuk Saifuddin Abdullahutusan khas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Binaan Purba Permatang Pasir Perlu Segera Dipulihara

Next Post

Perincikan Kaedah Terbaik Atasi Masalah Setinggan Di Sabah

Related Posts

Malaysia Kecewa Junta Tidak Iktiraf Utusan Khas Ke Myanmar

07/05/2022
0

KUALA LUMPUR – Malaysia menyuarakan kekecewaan dengan tindakan junta Myanmar tidak mengiktiraf Dr Noeleen Heyzer, Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan...

Kempen Perjuangan Isu Palestin Perlu Diperhebat

29/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Perjuangan Palestin benar-benar memerlukan satu kempen besar-besaran masyarakat global bagi menamatkan penderitaan penduduk di wilayah yang bergolak...

Next Post

Perincikan Kaedah Terbaik Atasi Masalah Setinggan Di Sabah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd