Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

“Kita Perlu Bela Aziz...

KUALA LUMPUR - “Kita perlu bela cendekiawan berani seperti Dr Abdul Aziz Bari,”...

Kelantan Minta Petronas Kemuka...

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri meminta Petronas agar mengemukakan jumlah rasmi bayaran royalti...

Tun Mahathir Dirawat Di...

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dimasukkan...

Rakyat Malaysia Boleh Melihat...

GERHANA matahari adalah satu fenomena yang jarang berlaku dan pada tahun ini, ia...

Koguru Minta BNM Kaji Semula Bayaran Balik Pinjaman

KUALA TERENGGANU – Koperasi Guru-Guru Terengganu Berhad (Koguru) yang mempunyai 12,000 anggota  di seluruh negara memohon Bank Negara Malaysia (BNM) mengkaji  semula tempoh bayaran balik pembiayaian kepada koperasi kredit berskala kecil seperti koperasi itu.

Pengerusinya, Alias Yahya berkata ini kerana tempoh bayaran balik selama 10 tahun yang ditetapkan agak pendek dan membebankan terutama kepada  guru–guru muda yang bergaji kecil kerana terpaksa membayar balik pinjaman dalam kadar  besar.

Beliau berpendapat had tempoh itu secara tidak langsung menyekat perkembangan koperasi kredit berskala kecil yang sebahagian besar keanggotaannya terdiri daripada kakitangan awam.

“BNM perlu mengambil kira tujuan penubuhan koperasi kredit yang terbina melalui dana sendiri iaitu sumbangan bulanan daripada anggota dan mereka  pastinya mengharapkan pulangan kebajikan terbaik.

“Had tempoh ini sebenarnya lebih sesuai dengan sektor lain seperti perniagaan ataupun koperasi berskala besar bukannya koperasi kecil yang bergantung kepada penjanaan keuntungan kecil melalui pinjaman di kalangan anggotanya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Koguru yang ditubuhkan pada 1962 sentiasa menjaga kebajikan 12,000 anggotanya termasuk melupuskan hutang pinjaman jika anggotanya meninggal dunia.


Dalam pada itu, Alias juga berharap pihak kerajaan dapat melantik lebih banyak badan atau institusi yang berminat untuk mengendalikan perkhidmatan sistem potongan koperasi atau gaji kakitangan awam yang diuruskan melalui satu saluran.

Setakat ini perkhidmatan seumpama itu hanya ditawarkan oleh Biro Perkhidmatan Angkatan Koperasi  Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dengan caj perkhidmatan sebanyak 0.6 peratus.

“Namun kita harapkan lebih banyak badan atau pun Jabatan Akauntan Negara  sendiri boleh menyediakan perkhidmatan itu kerana sekarang ini pun Angkasa hanya berfungsi sebagai perantara sahaja,” katanya. – BERNAMA

Kategori