• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKMM Mahu Capaian Internet Jadi Hak Asasi Rakyat

oleh
20/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mahu menjadikan akses capaian internet di negara ini lebih meluas dan menyeluruh seolah-olah sebagai ‘hak asasi manusia’ bagi setiap rakyat.

Menterinya Gobind Singh Deo berkata sekiranya memperoleh keperluan asas seperti bekalan elektrik dan bekalan air bersih kepada semua lapisan rakyat sebagai hak asasi manusia maka keperluan capaian internet kepada rakyat juga perlu sedemikian.

Beliau berkata capaian internet seperti ini bagi memastikan kemudahan internet dapat dinikmati oleh semua golongan termasuk di kawasan luar bandar sekali gus ke arah memperkasa rakyat dengan pelbagai maklumat.

“Kita lihat semua rumah ada bekalan elektik dan air kerana ia hak asasi. Kalau boleh semua rumah juga dibekalkan dengan infrastruktur internet atau jalur lebar.

“Ini kerana ia seharusnya dikategorikan sebagai satu utiliti supaya semua rakyat boleh menikmati manfaat internet,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia Sabah, di sini hari ini.

Gobind berkata kementeriannya komited untuk terus memantapkan infrastruktur internet termasuk menggunakan kabel fiber dan teknologi tanpa wayar bagi membolehkan semua kediaman dapat memanfaatkan kemudahan internet dan jalur lebar.

“Bagaimanapun kita juga perlu faham bahawa kabel fiber ini mungkin sampai ke kawasan bandar tetapi tidak di kawasan jauh seperti di luar bandar. Oleh itu kita perlu pastikan bahawa ada gabungan kabel fiber dan teknologi tanpa wayar supaya kawasan luar bandar boleh menikmati kemudahan internet,” katanya.

Sehubungan itu, Gobind berkata, kementerian kini sedang dalam proses perbincangan dengan syarikat telekomunikasi terlibat mengenai cadangan untuk menukar Pelan Fiber Seluruh Negara (NFP) kepada ‘National Connectivity Plan’ (NCP) bagi mencapai aspirasi tersebut.

Hasil perbincangan dan kajian tentang perkara itu akan dimaklumkan kepada Kabinet selain berharap keputusan dapat dibuat dalam masa terdekat, katanya. – BERNAMA

Tags: Gobind Singh Deo
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Royalti Berdasarkan Keuntungan Di Negeri Pengeluar

Next Post

Wanita Cedera Diseret, Peragut Kena Belasah Di Miri

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

Gobind Lawat Ruang Pejabat Baharu Battersea Power Station

Gobind Lawat Ruang Pejabat Baharu Battersea Power Station

23/06/2024
0

LONDON : Battersea Power Station baru-baru ini menerima kedatangan Menteri Digital, Gobind Singh Deo sempena acara rangkaian Perbadanan Ekonomi Digital...

Next Post

Wanita Cedera Diseret, Peragut Kena Belasah Di Miri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd