• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kini Maszlee Kata SMPC Boleh Dapat Peruntukan

oleh Cj Mnh
27/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS dikritik, akhirnya Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berjanji sedia peruntukan kepada sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) melalui dana kerajaan persekutuan, lapor beberapa akhbar harian Cina semalam.

Akhbar terbabit memetik satu kenyataan daripada Maszlee merujuk kepada jawapan bertulis parlimen kepada Anggota Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dari MCA.

Sebelum itu Wee bertanya mengenai mekanisme meliputi operasi dan perbelanjaan pembangunan SMPC.

Maszlee menjelaskan SMPC tidak mendapat peruntukan bagi membayar gaji guru kerana institusi itu bukan bertaraf sekolah kerajaan.

“Peruntukan operasi melibatkan perbelanjaan dalaman kerajaan. Kebanyakan peruntukan adalah untuk emolumen kakitangan awam dan guru.

“Disebabkan SMPC bukan sekolah awam atau di bawah bidang kuasa kementerian dan guru-gurunya bukan kakitangan awam, kementerian tidak boleh menggunakan peruntukan operasinya untuk SMPC, sekolah agama persendirian dan agensi pendidikan swasta lain,” katanya.

Menurut Maszlee kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap SMPC.

Katanya ia dapat dilihat di Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan Johor apabila kerajaan PH menyediakan peruntukan kewangan kepada SMPC berdasarkan kemampuannya.

Mengenai peruntukan di peringkat persekutuan, Maszlee berkata, peruntukan kerajaan PH kepada SMPC akan dimasukkan ke pelan kewangan holistik kebangsaan dalam bentuk perbelanjaan pembangunan.

“Berdasarkan kepada prestasi ekonomi keseluruhan, kami akan berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi memutuskan keperluan dan bentuk peruntukan,” katanya.

Kenyataan Maszlee turut disiarkan akhbar Sinchew Daily, Oriental Daily, Kwong Wah Jit Poh, Guang Ming Daily, Nanyang Siang Pau, China Press dan The Malaysian Insight (edisi bahasa Cina).

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching turut mengongsi kenyataan Maszlee yang disiarkan Oriental Daily dan Sinchew Daily menerusi Facebooknya.

Bagaimanapun semakan Malaysiakini mendapati tiada media berbahasa Melayu atau Inggeris memuatkan kenyataan itu semasa berita ini ditulis.

Malaysiakini turut menghubungi pejabat Maszlee untuk mengesahkan kesahinan kenyataan itu. Bagaimanapun pegawai yang dihubungi meminta Malaysiakini menunggu jawapan balas mereka.

Terdahulu Maszlee dikritik dua anggota parlimen DAP, Wong Kah Woh (Ipoh Timur) dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham, Ong Boon Piow.

Menurut Wong pendirian kerajaan itu sama dengan sikap ditunjukkan kerajaan BN sebelum ini. – MalaysiaKini

Tags: Dr Maszlee MalikSPMC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

29/09/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melibatkan isu...

Maszlee Ikrar Perbaiki Sistem Pendidikan Negara

27/12/2018
0

KUALA LUMPUR - "Berazam memperbaiki sistem pendidikan termasuk meringankan beban guru", itu ikrar Dr Maszlee Malik apabila dilantik sebagai Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd