• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Terbang Volvo Dijual Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
26/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MASSACHUSETTS, Amerika Syarikat – Firma pengeluar kereta terkemuka, Volvo mengumumkan bahawa pihaknya bersedia untuk menjual prototaip kereta terbang kepada orang awam selewat-lewatnya pada tahun depan.

Syarikat itu yang bekerjasama dengan kenderaan keluaran syarikat Terrafugia di sini menyifatkan kerja-kerja pembangunan kenderaan hibrid elektrik berkenaan telah dijalankan sejak beberapa tahun lalu.

Sejak tempoh itu, kereta dua tempat duduk yang dinamakan sebagai Terrafugia Transition telah diubah suai terutamanya dari segi dalaman, tahap keselamatan, enjin dan kamera belakang.

“Kami berjaya mewujudkan sebuah kereta terbang inovatif yang mematuhi piawaian keselamatan dunia. Ia mampu terbang sejauh 805 kilometer dengan kelajuan 322 kilometer sejam.

“Orang awam yang berminat untuk membeli kenderaan ini perlu mendapatkan sijil penerbangan dengan menjalani latihan selama 20 jam bagi mengetahui cara-cara untuk mengendalikan kereta tersebut,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Terrafugia, Chris Jaran dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kereta itu kelihatan menyerupai sebuah pesawat kerana memiliki sayap dan ekor selain dilengkapi dengan dua enjin. Malah, ia boleh mendarat di kawasan lapangan terbang kecil atau di lebuh raya.

Setakat ini, syarikat berkenaan masih belum mendedahkan mengenai kos dan tarikh sebenar kenderaan itu mula dijual di pasaran. – Agensi/Kosmo Online

Tags: kereta terbangvolvo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Volvo Car Malaysia Umum Charles Frump Pengarah Urusan Baharu

12/08/2021
0

Volvo Car Malaysia Umum Pelantikan Charles Frump sebagai Pengarah Urusan Baru

Volvo Family Bond Gives All Employees 24 Weeks Paid Parental Leave

30/03/2021
0

Volvo Cars Family Bond Gives All Employees 24 Weeks Paid Parental Leave

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd