• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Komited Kurangkan Harga Jalur Lebar

oleh Ahmad Albab
30/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sekali lagi mengulangi komitmen untuk memastikan harga jalur lebar dikurangkan sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang hujung tahun ini, selain berusaha meningkatkan kelajuan dan liputannya di seluruh negara.

Selain melaksanakan undang-undang berkaitan bagi menetapkan harga siling, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata pihaknya selepas ini akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan negeri, syarikat telekomunikasi dan pengusaha bagi perkhidmatan ‘last mile access’.

“Kami serius tentang perkara ini, saya akan bawa semua pihak supaya boleh bincang mengenai perkara ini.

“Sekiranya kami dapat bantuan dan kerjasama kerajaan negeri, penggunaan undang-undang, syarikat telekomunikasi dan pengkhidmat untuk ‘last mile access’, saya rasa kita boleh lihat impian ini terjadi paling awal hujung tahun ini,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai harga jalur lebar yang masih tinggi.

Gobind juga sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa kerajaan telah melaksanakan Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses pada 8 Jun lalu, iaitu melalui pelaksanaannya, semua syarikat telekomunikasi diberi masa sehingga hujung tahun ini untuk menurunkan harga jalur lebar masing-masing sebanyak 25 peratus secara berperingkat.

Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan bahawa pihak kementerian juga dalam proses mengurangkan proses birokrasi di peringkat kerajaan negeri bagi memudahkan proses pemasangan rangkaian fiber optik bawah tanah di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara.

“Saya diberitahu untuk kita bawa fiber lazimnya permohonan perlu dibawa kepada negeri-negeri, kerana ini melibatkan kita korek kawasan tanah untuk pasang fiber, ada banyak masalah birokrasi dan sebagainya.

“Selain memakan masa ia melibatkan kos tinggi, kalau kita dapat atasi masalah ini saya rasa kita boleh bawa dasar fiberisasi dengan lebih laju dan juga kurangkan kos, yang akhirnya membawa pengurangan kos pada pengguna,” tambahnya – BERNAMA

Tags: Jalur lebarKerajaan PH
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dedah Mengapa Beliau Tidak Lagi Dapat Pertahan Kerajaan PH

Azmin Dedah Mengapa Beliau Tidak Lagi Dapat Pertahan Kerajaan PH

30/10/2022
0

GOMBAK : Langkah Sheraton yang digerakkan pada penghujung Februari 2020 menyaksikan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri...

Kesilapan Kerajaan PH Punca Waris Sultan Sulu Tuntut Pampasan

15/03/2022
0

SHAH ALAM – Kerajaan harus menyiasat punca dan mengambil tindakan segera atau kedaulatan negara boleh tergadai sekiranya isu mengenai tuntutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd