• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kena Rasuk Gimik Aje Lah”

oleh Cj Mnh
25/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – “Ia hanyalah gimik untuk tarik perhatian pengunjung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” kata Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai video tular yang memaparkan dua individu dikatakan ‘dirasuk’ ketika menonton persembahan Ulek Mayang sempena promosi Visit Beautiful Terengganu (VBT).

Katanya, video berkenaan dirakam pada Oktober tahun lalu di KLIA, Sepang, Selangor.

Menurutnya, sepanjang promosi itu dilakukan, penari dari Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUKTRA) menyediakan pelbagai gimik bagi menarik perhatian orang ramai di KLIA untuk menonton persembahan sekali gus memperkenalkan kebudayaan negeri ini kepada pengunjung terutamanya pelancong asing.

“Individu yang dikatakan dirasuk ketika menonton persembahan Ulek Mayang itu adalah kakitangan SUKTRA sendiri, malah orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tahu apa sebenarnya yang berlaku di lokasi.

“Bagaimanapun, saya sendiri agak terkejut apabila video itu menjadi viral minggu ini dengan pelbagai komen oleh pengguna laman sosial yang tidak mengetahui perkara sebenar,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Tun Ahmad Faisal berpandangan penularan video itu secara tidak langsung memberikan promosi kepada Terengganu.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah sedia maklum mengenai gimik yang dicetuskan oleh penari berkenaan.

Video berdurasi 1 minit 59 saat itu dikatakan mula dimuat naik di laman sosial Twitter dua hari lalu sebelum ia tular dan menjadi bualan pengguna laman sosial lain termasuk Facebook.

Di dalam klip video terbabit merakam aksi penari SUKTRA mempersembahkan tarian Ulek Mayang yang dikatakan ‘berhantu’ sehingga menyebabkan seorang lelaki tiba-tiba melompat naik ke pentas persembahan sebelum menyerang penari.

Selang beberapa ketika kemudian, seorang ‘pengunjung’ wanita yang menyaksikan persembahan itu tiba-tiba menjerit kononnya ‘disampuk’ sebelum dibantu beberapa individu berhampirannya. – BH Online

Tags: gimikHisteria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Nampak Lembaga Hitam Gergasi…”

19/07/2018
0

“SAYA nampak lembaga hitam bersaiz gergasi di belakang pelajar yang sedang histeria dan saya terus menangis tanpa sedar,” kata seorang...

Haqiem Rusli Jawab Isu ‘Kaki Gimik’

05/07/2018
0

PENYANYI muda Haqiem Rusli menyangkal dakwaan keputusannya untuk meneruskan kerjaya sebagai penyanyi adalah sekadar gimik bagi mempromosikan lagu terbarunya berjudul Selamat Tinggal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd