• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Sasar Peningkatan 3% Penderma Darah

oleh Cj Mnh
15/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kementerian Kesihatan menyasarkan jumlah penderma darah tetap di negara ini meningkat kepada tiga peratus dalam tempoh lima tahun berbanding 2.2 peratus ketika ini.

Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementerian akan memperkasakan usaha untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai supaya tampil menderma darah bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi di seluruh negara.

“Kita akui jumlah penderma darah tetap di Malaysia ini masih tidak setara dengan negara-negara maju yang lain. Ia disebabkan banyak faktor antaranya (rakyat Malaysia) masih belum lagi sampai ke tahap kesedaran, keinsafan bahawa ini adalah amalan yang murni dari sisi agama dan moral.

“Program pendidikan kesihatan dan penerangan perlu dipertingkatkan dan saya yakin sasaran itu akan dicapai kurang dari lima tahun lagi, khususnya peningkatan di Terengganu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis malam penghargaan dan sambutan Hari Penderma Darah Sedunia peringkat kebangsaan, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah; Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Noryati Abu Amin dan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar.

Statistik kementerian menunjukkan jumlah pendermaan darah di seluruh Malaysia pada tahun lepas ialah sebanyak 694,473 beg darah dan daripada jumlah itu 228,145 beg darah adalah daripada penderma baharu.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada golongan m a yang menyumbang sebanyak 139,070 beg darah sepanjang tahun lalu dan berharap mereka akan menjadi penderma darah tetap pada masa akan datang.

Ditanya sama ada kementerian akan memberikan imbuhan kepada penderma darah sebagai langkah menarik lebih ramai orang berbuat demikian, Dzulkefly berkata Malaysia adalah antara negara yang mengamalkan sistem pendermaan darah secara sukarela dan tidak akan dikomersilkan. – BERNAMA

Tags: Dr Dzulkefly Ahmadpenderma darah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori Rapat Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori Rapat Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

19/11/2022
0

PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bersaing sengit dengan calon Barisan...

Perlukan 14,000 Penderma Setiap Bulan

11/12/2021
0

SHAH ALAM - Negara memerlukan sekurang-kurangnya 14,000 penderma darah setiap bulan bagi menampung keperluan bekalan sebanyak 6,300 liter darah di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd