• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lemas Penyumbang Utama Nahas Ragut Nyawa

oleh Cj Mnh
05/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kematian akibat lemas kekal menjadi penyumbang utama bagi kemalangan meragut nyawa yang dikendalikan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya Mohammad Hamdan Wahid berkata setiap tahun, sebanyak 500 kes kematian akibat lemas direkodkan di seluruh negara berbanding kes kematian disebabkan kebakaran yang tiga kali ganda lebih rendah.

“Perkara ini harus dipandang serius kerana kebanyakan kematian berlaku ketika orang ramai melakukan aktiviti riadah seperti di sungai, pantai, kolam mandi, kawasan rekreasi, taman laut dan taman negara terutama pada musim cuti perayaan dan cuti sekolah.

Lima ratus kes kematian di seluruh negara ini bukan angka yang kecil dan ia sangat membimbangkan, oleh itu aspek pencegahan, kawalan dan kesedaran perlu dititikberatkan,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohammad Hamdan berkata justeru kerajaan disarankan untuk mengubal undang-undang di air terutama dikawasan rekreasi yang dilihat seringkali berlaku kemalangan lemas.

“JBPM pernah mengemukakan cadangan ini kepada pihak berkuasa tempatan, ini membabitkan langkah pencegahan, aspek keselamatan, kawasan larangan, kawasan berpagar, denda dan sebagainya,” katanya.

Mohammad Hamdan berkata berikutan itu selaku ketua pengarah yang baharu beliau akan memberi fokus berkaitan masalah berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 95,000 panggilan kecemasan direkodkan setahun melibatkan kebakaran, kemalangan, dan khidmat masyarakat. – Bernama

** Sekadar Video Hiasan..

Tags: BombaKes Lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd