• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedudukan JKKK : Pahang Akan Tunggu, Lihat

oleh Cj Mnh
25/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ dalam isu berkaitan kedudukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata peralihan kuasa Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah menimbulkan keadaan kurang jelas mengenai kedudukan JKKK.

“Kita difahamkan bahawa pelantikan JKKK akan dikelolakan pentadbiran negeri, namun setakat ini masih tiada surat hitam putih berkaitan perkara itu.

“Kita juga telah menyediakan beberapa perancangan jika kerajaan pusat menamatkan khidmat JKKK, namun kita dimaklumkan keputusan itu akan dikaji semula,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, bagi menjawab soalan Young Syefura Othman (DAP-Ketari) berkenaan status JKKK tersebut.

Beliau seterusnya merujuk kepada kedudukan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dikatakan akan ditamatkan perkhidmatan sebelum keputusan tersebut kemudian dikaji semula Kerajaan Persukutuan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Datuk Abd Aziz Mat Kiram berkata beliau dimaklumkan bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan mengadakan mesyuarat berkaitan perkara itu pada 30 Ogos depan. – BERNAMA

Tags: JKKKkerajaan negeri pahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Negeri Pahang Bantah Ratifikasi ICERD

15/11/2018
0

KUANTAN - Kerajaan Negeri menyatakan bantahan terhadap ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Ketetapan itu dinyatakan...

Penjenamaan Semula JKKK, JKDB Di Sabah

05/07/2018
0

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah telah membuat keputusan untuk membuat penjenamaan semula terhadap institusi Jawatankuasa Kemajuan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd