• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Kereta Ada Unsur Khianat

oleh Cj Mnh
24/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Polis percaya kes kebakaran sebuah Toyota Vios di tempat parkir sebuah rumah di Taman Kurau Jaya, Kuala Kurau, pada awal pagi Sabtu lalu disebabkan perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata kes kebakaran itu dipercayai mempunyai kaitan dengan tangkapan seorang daripada empat suspek kes melepaskan tembakan dan memiliki pistol di Jalan Pantai, Kuala Kurau, pada 20 Julai lalu.

Menurutnya, kejadian yang berlaku jam 5.14 pagi itu mengakibatkan sebuah Toyota Vios milik isteri kepada suspek utama terbakar sehingga 90 peratus.

“Kes masih disiasat atas kesalahan cubaan khianat dengan api mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan polis masih menunggu laporan siasatan forensik daripada pihak bomba untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini, hari ini.

Dalam kejadian Sabtu lalu, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran kereta berkenaan.

Ketua Operasi BBP Kuala Kurau, Penolong Bomba Kanan II Ahmad Sani Nayan, dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 5.14 pagi dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 6.05 pagi. – BH Online

Tags: bakar keretakhianat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat

14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat

05/03/2025
3

Johor Bahru : Polis menahan 14 lelaki yang dipercayai terbabit kes merusuh dan khianat di hadapan sebuah pusat sukan, di...

Suami Bakar Kereta Isteri Kerana Sengketa Rumah Tangga

Suami Bakar Kereta Isteri Kerana Sengketa Rumah Tangga

03/02/2025
0

JOHOR BAHRU: Perselisihan faham dalam rumah tangga, disyaki menjadi punca sebuah kereta Toyota Vios disimbah petrol sebelum dibakar dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd