• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KD Mutiara Dilucut Tauliah

oleh Cj Mnh
20/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Suasana hiba menyelubungi Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sempena istiadat pelucutan tauliah Kapal Diraja (KD) Mutiara di Tambatan Pangkalan TLDM di sini hari ini.

Setelah 41 tahun menabur bakti bersama pasukan keselamatan tersebut, kapal itu hari ini secara rasmi dikeluarkan daripada inventori Skuadron Hidrografi ke-36 TLDM dan ditamatkan perkhidmatan dalam menjalankan kerja-kerja pengukuran hidrografi di perairan negara.

Majlis yang dihadiri lebih 300 anggota dan pegawai TLDM serta 11 bekas pegawai memerintah kapal tersebut disempurnakan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Ahmad Kamarulzaman dalam ucapannya berkata KD Mutiara merupakan satu-satunya kapal yang menyediakan perkhidmatan hidrografi bagi memastikan laluan pelayaran di perairan negara dalam keadaan selamat terutama melibatkan kapal-kapal kargo dan tangki yang besar.

“TLDM melalui Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah diberi mandat oleh kerajaan sebagai agensi tunggal untuk menyediakan carta hidrografi bagi tujuan keselamatan navigasi di laut.

Ahmad Kamarulzaman turut mengucapkan tahniah kepada bekas pemerintah dan anak kapal yang telah menjaga kapal tersebut dengan baik dan memastikan setiap tanggungjawab yang digalas kapal ini berjalan dengan lancar sepanjang perkhidmatannya.

KD Mutiara dibina pada tahun 1975 dengan kontrak pembinaan kapal tersebut bernilai RM38 juta diserahkan kepada sebuah syarikat pembuat kapal tempatan di Pulau Pinang sebelum dilancarkan pada 13 Nov 1976, dan ditauliah secara rasmi pada 18 Dis 1977.

KD Mutiara telah merekodkan pelayaran sejauh 223,167.43 kilometer (km) atau bersamaan enam kali mengelilingi dunia dan sebanyak 146 arahan hidrografi merangkumi keluasan 68,598 km persegi.

Kamarulzaman berkata tanggungjawab dalam bidang hidrografi yang dipikul KD Mutiara, kini dilaksanakan sebuah kapal yang disewa daripada sebuah syarikat swasta melalui Kontrak Perkhidmatan Sewaan Platform Ukur Hidrografi TLDM selama tiga tahun bermula November 2016.

“Kapal sewaan ini telah berjaya mencapai sasaran iaitu beroperasi selama 300 hari setahun pada tahun pertama pelaksanaannya dan telah berupaya melaksanakan pengukuran hidrografi seluas 18,925 kilometer persegi di perairan tertentu.

KD Mutiara merupakan kapal milik TLDM yang kedua dilucutkan tauliah selepas KD Kepah, pada 21 Dis 2016. – BERNAMA

Tags: kd mutiaratauliah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KD Pari Dilucut Tauliah Selepas 49 Tahun Berkhidmat

KD Pari Dilucut Tauliah Selepas 49 Tahun Berkhidmat

30/01/2026
0

Sandakan: Kapal Diraja (KD) Pari mengakhiri perkhidmatan secara rasmi dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), hari ini, selepas 49 tahun...

Tiada Tauliah, JHEAT Minta Ustaz Azhar Idrus Mohon

Tiada Tauliah, JHEAT Minta Ustaz Azhar Idrus Mohon

12/03/2023
0

KUALA TERENGGANU – Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tidak memiliki tauliah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd