• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kasma Intai Peluang Raih Podium Di Suzuka 4-Hour

oleh
18/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELUMBA muda negara, Kasma Daniel Kasmayuddin mengintai peluang untuk menaiki podium apabila bakal beraksi dalam saingan berprestij Kejuaraan Suzuka 4-Hour Endurance yang akan berlangsung di Litar Suzuka, Jepun bagi edisi 2018 ini.

Kasma, 18 tahun bersama rakan sepasukan, Mohd Ramdan Mohd Rosli sudah tidak sabar untuk tampil pertama kali dan mencari kemenangan di pentas kejuaraan yang dijadual bermula pada 27 hingga 29 Julai ini mengulangi pencapaian gandingan Azlan Shah Kamaruzaman dan Emir Firdaus Hasan yang muncul juara kategori sama pada tahun 2011 diikuti gandingan Emir dan Mohd Zaqhwan Zaidi pada tahun 2012.

“Saya cukup teruja dan gembira apabila pihak Hong Leong Yamaha memberitahu bahawa kami akan beraksi dalam saingan Suzuka 4-Hour pada tahun ini. Walaupun tidak banyak latihan bersama jentera 600cc, kami mempunyai pengalaman di Litar Suzuka dalam aksi di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC),” jelas Kasma.

Tambahnya, “Kami meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya dapat menamatkan saingan di atas podium. Saingan semestinya cukup sukar terutama dengan kehadiran pelumba-pelumba yang turut beraksi di ARRC disamping pelumba tempatan Jepun. Walau apapun, kami akan merancang strategi sebaik mungkin terutama dari segi untuk memastikan kecergasan diri pada tahap terbaik.”

Pada masa sama pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu turut mengintai peluang untuk mempertahankan kemenangan di Litar Jasin apabila turun beraksi dalam kategori CP150 pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, hujung minggu ini.

Kasma memulakan musim 2018 dengan mencatat kemenangan pada pusingan pembukaan di Litar Tangkak, Johor, April lepas namun tewas kepada Ahmad Afif Amran dan rakan sepasukan, Mohd Akid Aziz sewaktu pusingan kedua di MAEPS, Selangor, baru-baru ini.

“Prestasi saya kekal di tahap terbaik cuma adakalanya sedikit kesilapan akan membawa padah. Itulah yang berlaku di MAEPS. Saya akan lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan serupa serta pada masa sama cuba untuk mengekalkan kemenangan di Jasin tahun lalu meskipun pada tahun ini menggunakan litar yang berbeza,” jelas Kasma yang kini berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 41 mata. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Cub Prix
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fazli Sham Berundur Dari Cub Prix

19/03/2019
0

SETELAH hampir 20 tahun, Ahmad Fazli Sham akhirnya mengundur diri dari Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS apabila namanya tidak berada...

Jenazah Mohd Hafiz Selamat Dikebumi

17/12/2018
0

IPOH - Jenazah pelumba Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd