• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaedah Serah Bantuan Sara Hidup Penerima Pedalaman Dikaji

oleh
26/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Seorang penyokong kerajaan mencadangkan agar kaedah penyerahan Bantuan Sara Hidup Rakyat berfasa dikaji semula bagi memudahkan penerima yang tinggal di pedalaman.

Willie Anak Mongin (PH-Puncak Borneo) berkata pemberian bantuan itu seharusnya dibayar sekaligus dalam setahun kerana bayaran secara berfasa seperti yang dilakukan kini mendatangkan masalah buat golongan tersebut.

“Saya percaya di kawasan saya di pedalaman Sarawak ramai penerima daripada golongan pertengahan, golongan tua daripada hulu terpaksa datang ke kota untuk menuntut bayaran ini.

“Kos pengangkutan mereka adalah amat tinggi. Contoh di Kapit, mereka terpaksa menyewa bot dan van untuk sampai ke kawasan ini untuk menerima bayaran bantuan di bank, jadi kalau dua tiga kali bayaran ini terpaksa dituntut akhirnya BR1M ini hanya diguna pakai untuk membayar pengangkutan mereka sahaja,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam isu berbeza, Chang Lih Kang (PH-Tanjong Malim) ketika membahaskan usul sama mencadangkan agar kerajaan menubuhkan satu tabung khas ‘Floor price fund’ dalam usaha membantu pekebun getah ketika kejatuhan harga komoditi itu.

Katanya memandangkan harga getah adalah tidak stabil, kerajaan perlu menggunakan satu mekanisme penetapan harga lantai dan siling getah.

“Apabila harga getah mencecah harga siling, maka pekebun-pekebun wajib menyumbangkan sebahagian daripada keuntungan mereka ke dalam tabung itu.

“Manakala apabila harga getah turun dan menyentuh harga lantai maka kerajaan boleh menggunakan tabung berkenaan untuk menstabilkan harga getah,” katanya.

Baru-baru ini, Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) dilapor mencadangkan kepada kerajaan untuk pelaksanaan harga lantai getah pada harga RM4 sekilogram.

Harga semasa getah dicatat pada harga RM2.30 sekilogram, meningkat 40 sen berbanding Januari lalu.

Sidang Dewan Rakyat bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Bantuan Sara Hidup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Rayuan BSH Dibuka Sehingga Sabtu Ini

02/09/2020
0

PUTRAJAYA - Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 dibuka sehingga 6 September ini dan tiada sebarang bayaran dikenakan bagi...

Pembayaran BSH Fasa Ketiga Bermula Jumaat

20/07/2020
0

PEMBAYARAN Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 fasa ketiga akan dilaksanakan mulai Jumaat ini. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd